text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 4 November 2010

PET Scan

Hari ini hari cuti umum kerana Deepavali. Aku ucapkan selamat berehat bersama keluarga tercinta.

Sempena hari Deepavali hari ini, aku titipkan gambar bunga dari taman ku.  Aku memilih bunga ini kerana kebetulan namanya

SONG OF INDIA!



4hb November, aku menemani Ayim pergi ke Hospital Putrajaya kerana temujanji untuk PET Scannya. Mulanya aku tertanya-tanya, kenapa kami diarahkan pergi ke Hospital Putrajaya tidak di Hospital Ampang? Bila sampai di Putrajaya barulah persoalan ku terjawab. Baru aku tau, hanya dua buah hospital kerajaan sahaja yang menyediakan khidmat untuk PET Scan di seluruh Malaysia. Lagi sebuah ialah Hospital Pulau Pinang. Jabatan yang mengendalikan PET Scan ini ialah Jabatan Nuklear! Dan, mereka hanya buka dua hari dalam satu minggu, iaitu hari Selasa dan hari Khamis sahaja. Hanya 10 orang pesakit untuk satu hari. Dan, Ayim dikenakan bayaran sebanyak RM500.


Hospital Putrajaya .... tersergam indah dan cantik




Ayim duduk termenung sementara menunggu gilirannya di 'pondok' yang di sediakan di luar Jabatan Nuklear ini



Pukul 2 petang barulah semuanya selesai. Doktor menasihatkan Ayim dikuarantin selama 24 jam. Keputusan PET Scan akan diketahui selepas dua minggu.

Sementara menunggu Ayim menjalani pemeriksaan, aku menggunakan masa yang terluang untuk beramah mesra dengan jururawat-jururawat yang bertugas di Jabatan ini. Kepala otak aku asyik memikirkan tentang bayaran yang dikenakan kepada pesakit...... RM500 aku rasa agak tinggi. Tidak dinafikan, kalau dibandingkan dengan hospital swasta, bayarannya memanglah jauh lebih murah. Tetapi swasta memang untuk mereka yang berkemampuan. Umumnya, hospital kerajaan untuk mereka yang 'kurang mampu'. Menurut jururawat yang sempat aku 'interview', semua pesakit dikenakan bayaran kecuali :

* kakitangan kerajaan

* ada 'guarantee letter' daripada majikan (yang bekerja dengan swasta)

* penuntut yang berumur di bawah 21 tahun

* penuntut tajaan JPA

 Penuntut Universiti yang berusia 21 tahun ke atas, boleh bawa surat dari Universiti (Universiti tempatan sahaja). Tetapi mesti bayar dahulu sebelum menerima rawatan. Kemudian baru 'claim' semula daripada universiti.

Kepala otak aku ini tidak mahu pulak berhenti berfikir .......

Kalau
Dah namanya penuntut, belum ada pendapatan. Hanya mengharapkan duit biasiswa atau pun pinjaman. Duit tak masuk lagi ..... macam mana?

Kalau
Macam dalam kes Ayim,  tidak ada biasiswa atau pun pinjaman, sudah melebihi 21 tahun, kedua orang tua sudah tidah bekerja lagi, tidak ada pencen, terpaksa membayar RM500 setiap kali rawatan .... macam mana?

Kalau
Ketua keluarga yang anggaran pendapatan RM2000 sebulan, isteri tidak bekerja, anak-anak bersekolah, tidak ada 'guarantee letter', dia terpaksa menjalani rawatan ini,..... macam mana?

Kalau
Orang kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap, terpaksa menjalani rawatan ini.... macam mana?

Ish ish ish.... banyak pulak aku ber'kalau'....sebab baru sebentar tadi aku mendengar lagu "Kalau Berkalau' dendangan Anita Sarawak kot!

Jururawat itu beritau aku, kalau tanpa bayaran, terpaksalah rawatan ditangguhkan. Kalau betul-betul tak mampu, boleh minta surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini jugak sudah tentu mengambil masa untuk mendapatkan kelulusan. Kepala otak aku ni nak jugak terus berfikir lagi ... penyakit ini bukannya boleh ditangguh-tangguh. Kalau lewat, nyawa padahnya. Siapa nak bertanggung jawab? Hmm..... Amat menyentuh hati ku!

Nampaknya, yang 'bernasib baik' ialah penuntut tajaan JPA... tidak kisah kedua ibu bapa mampu ke tidak,  tetap mendapat 'keistimewaan' ini.

Aku teringat pengalaman ku semasa di Manchester dan Leeds. Semua kos rawatan Ayim adalah percuma kerana statusnya 'student'. Kenapa penuntut-penuntut kita yang menghidap penyakit merbahaya ini yang tidak mampu tidak dikecualikan pembayarannya? Sudah tentu tekanan mental amat berat bagi penuntut ini..... memikirkan pelajaran, kos rawatan dan menanggung sakit lagi!

Aku teringat pepatah Melayu kita.... hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Tetapi di dalam situasi begini, walaupun aku sayangkan negeriku, demi anak ku, aku rasa aku nak pilih hujan emas...........?? uh uh uh......

Kalau Anda semua berada di tempat aku.... bagaimana?

Seperti kata Raja Lawak, Nabil..... Lu fikirlah sendiri!!!

Assalammualaikum

15 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam KZ...

itulah kan? Sekarang memang susah untuk mencari yang percuma atau yang murah - sama ada di bidang perubatan mahupun di bidang pendidikan (boleh dikatakan tiada pun). Hendak sambung belajar, jangan harap kalau tiada wang yang banyak. Belum tentu lulus, hutang (PTPTN atau sebagainya telah membelit). Yang berkemampuan, senanglah bercakap suruh menabung - tapi, kalau pendapatan sekadarnya sahaja, hendak menabung bagaimana? Keperluan lain kena didahulukan juga... :(

Mama said...

Salam Kakcik

Betul.... hanya org yg mengalaminya sahaja yg faham keperitannya. Perubatan & pendidikan sama mustahak nya... kalau takde duit, mmg meleleh air mata dibuatnya

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
bila kak zah berkongsi pengalaman mengenai rawatan ayim di luarnegeri... memang tak sangka kami bahawa di luar negara segalanya ditanggung beres walaupun hanya status 'student'.. tapi di negara kita menjadi rumit pula...
kementerian pendidikan tinggi harus mengambil kira ini semua... kak zah boleh cuba panjangkan masalah ini pada kementerian tersebut... Insya'Allah.. mungkin boleh dibincangkan lagi....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak zah,

Tahniah..banyak betul soalan bernas dari k.zah, mmg sesuai jadi perantara kat tv. Kesemunya saya setuju sangat2. Hari ni hari akak, hari kami tak tau camana.

Mudah2an jika persoalan ni diajukan pd pihak yg berkenaan, adalahlah tindakan dan perubahan yg positif bagi meringankan beban mereka yg terlibat apa lagi jika kurang mampu. RM500 tu bukan sikit.

Patutlah pepatah melayu mengatakan hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Tak sangka di negeri orang lagi banyak yg membantu dan membina sebaliknya di negeri sendiri silap hari bulan boleh merana. Namun diriku tetap sayangkan Malaysia dan Msia perlu banyak belajar dari orang lain.

Mama said...

Salam DM

Itulah.... kerajaan kita patut memandang serius hal ini. KZ ada merisik2 tapi tak tau kesahihannya sbb belum mengalami lg... bukan ini aje kena byr, nnt ubat dan entah apa lg semuanya di charge. Sbb kos rawatan/ubat utk cancer mahal.

Nak panjangkan ke kementerian? hai.. siapalah kita



Salam Yati

Betul Yati.. kita sayangkan negara kita tp negara kita mcm tak sayang je kat kita... penuntut2 ni semua yg satu hari nnt akan menjadi pelapis

Sebenarnya banyak lg persoalan2 lain... tp tunggu timing yg betul akan KZ bentangkan lg

Anonymous said...

Suka baca blog kakzah mengenai Ayim. Walaupun tak kenal tapi banyak yang dapat dari kisah kak zah. InsyaALLAH di doakan kemudahan dan kesejahteraan semuanya untuk kak zah dan Ayim. InsyaALLAH.... AMIN...

mummy said...

Ma,

Saya pun tak puas hati bab kene bayar nih tapi govt servant free pulak.

Sepatutnya medical kene free kepada semua org sebab ini kan soal nyawa, kecuali kalau company swasta sanggup bayarkan.

Dah le govt staffs dpt quarters yg melampau gempaknya!
takkan semua kemudahan pada mereka saja.

Mama said...

Salam Anon

T.kasih sudi singgah dan sudi mendoa kan kesejahteraan kami.

Mungkin satu hari nanti kita berpeluang berkenalan.


Mummy

Mmg sepatutnya medical & education mesti free. Tapi apa dia org kisah sbb dia org tak merasa keperitannya

Rakyat di dahulukan??? keh keh keh
togolak cacing den

OmarMaznah7 said...

Maam,

W'salam, bab ni memang I amat sensitive - perubatan dan pendidikan sepatutnya rakyat dapat free tapi ......

Mama said...

Salam Maz

Kami yg mengalami lg lah sensitive. Rasa jantung nak tercabut tapi nak buek camno... kena terima hakikat hujan batu di negeri sendiri......

mama yerboy said...

hmmm

takde apa yg free dlm dunia ni

saya setuju semua student patut free tak kira tajaan siapa begitu juga warga emas tak kira pensioner atau tidak

tapi, bukan semua hal medical kat UK ni free, hanya consultation dan hospital-based treatment saja free, kalau ambik ubat bulanan, contohnya org yg darah tinggi, kencing manis, sakit jantung semua ubat kena bayar

tak percaya tanya ayim, sebelum dia masuk spital, semua ubat yg dia pegi GP tu dia kena bayar 7 pound every item on the list walaupun dia student

kelebihan kat UK ni memang memihak pada pesakit kanser sebab banyak treatment hospital-based, tapi kalau sakit jantung dgn darah tinggi macam arwah uwan dulu, tiap2 ubat dia tu yg 5-6 jenis tu kena bayar every month for every item, so sebenarnya majoriti pesakit kat UK bukanlah bersenang hati macam yg kita sangka, setiap ubat diorang kena bayar

kat malaysia, ubat bulanan ni free, atau ubat sakit biasa amik kat klinik kesihatan free, rawatan klinik pakar pun cuma bayar yuran daftar rm5, semua rawatan kecemasan free, duduk wad cuma rm 3 sehari, kalau masih tak mampu bayar boleh berhutang dgn pihak hospital atau isi borang jabatan kebajikan

yang paling penting org2 UK bayar cukai sgt tinggi sampai 40% dari pendapatan, kita kat malaysia tak bayar cukai tinggi macam tu

kdg2 kita ingat hujan batu kat negeri kita tapi sebenarnya banyak hujan rahmatnya, semasa kita diluar negeri hujan batu negeri itu biasanya tak akan menimpa kita, bila duduk sini baru tau

raudah said...

Assalamualaikum...sy seorang medical student...serba sdikit tntg non-hodgkin lymphoma sy fhm....sabarlah dlm mghadapinya...ayim perlukan kekuatan n skgn dari ramai pihak...smga pgorbanan mama akan mmbuka pintu jannah...(^_^)

Mama said...

Mama yerboy

Ma acih beri penjelasan


Salam Raudah

T.kasih sudi singgah. Mmg selama ini kami memberikan Ayim sokongan dan semangat yg padu supaya dia tidak berputus asa

Lubuk Biasiswa said...

Info Yang bagus. Sedikit saya hendak kongsikan. Sekiranya ada diantara anda yang sedang mencari-cari biasiswa atau pinjaman. Usah risau dan kecewa, anda boleh dapatkan 40 Biasiswa 'Low Profile' di link ini >> Senarai Lubuk Biasiswa.

Mama said...

Salam Lubuk Biasiswa

T.kasih kerana sudi melawat blog ini dan berkongsi info yg sgt berguna.
Semoga ia memberi faedah kpd pembaca2 blog ini.