text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday, 28 February 2011

Hello Bos ........ Perihatinlah Sikit!

Minggu lepas, Ayim telah pergi menghadiri "Walk-in Interview' di sebuah syarikat yang agak terkenal di Kuala Lumpur untuk jawatan "Structural Engineer". Dia kata dia sekadar nak 'test market'. Temu-duga itu di jadualkan di antara pukul 3 petang hingga 8 malam.

Ayim bertolak dari rumah pukul 2 petang. Oleh kerana jalan 'jam', dia sampai di lokasi temuduga pukul 4 petang. "Walk-in Interview" sudah tentulah ramai yang ingin mencuba nasib. Setelah menunggu hampir 3 jam, pukul 7 malam barulah dipanggil masuk.

Ayim hanya sempat mengucapkan "Good Evening Sir", baru nak letak punggung di kerusi, belum pun sempat bersandar lagi, pegawai yang bertugas itu terus berkata "I'm sorry Karim. We are looking for CGPA 3.5 and above".

Tak sampai 2 minit.... temuduga selesai.

Oleh kerana jalan masih "jam" di sebabkan hujan pada petang itu, Ayim sampai ke rumah semula pukul 9 malam.

7 jam masa terbuang hanya kerana keangkuhan sebuah syarikat korporat! 

Di dalam iklan, mereka hanya meletakkan syarat ..... mereka yang sudah berdaftar dengan "The Institute of  Engineers Malaysia (IEM)" sahaja layak memohon. Susah sangat ke nak tambah lagi satu syarat.... "dan hanya mereka yang CGPA 3.5 keatas sahaja layak memohon". Tidaklah menyusahkan dan membuang masa berpuluh-puluh (atau ratus) orang. Janganlah ingat masa syarikat sahaja yang berharga.

 Ayim dari Seremban, mengambil masa 7 jam. Bayangkan, mereka yang datang dari Johor, Kelantan, Kedah atau pun Penang..... mestilah mereka terpaksa menumpang bermalam di rumah kawan atau saudara. Atau menyewa hotel...... lepas tu, tak sampai 2 minit temuduga selesai.

"Hello Bos.... janganlah sombong sangat. Kerusi empok dan bilik berhawa dingin yang kau duduki hari ini bukanlah untuk selamanya..... bila-bila masa je, engkau boleh ditendang keluar!" (Syyyy..... aku tahulah dia tak baca blog ini.... aku sekadar ingin melepaskan rasa geram je). Pada pendapat aku, kesilapan ini jelas menunjukkan yang syarikat ini tidak sensitif dari segi hubungan kemanusiaan (human relations).

Apalah salahnya.... kalau pihak syarikat sudah 'terlupa' nak letak (atau sengaja tak letak?) syarat CGPA 3.5 tu.... pegawai yang menemuduga tu luangkanlah sedikit masa untuk beramah mesra. Tak payahlah nak tunjuk muka sepuluh sen tu.  Prihatinlah sikit.

Tidak dinafikan.... majoriti masyarakat kita masih beranggapan... kalau CGPA tak sampai 3.5 tu, maknanya kalau tak pemalas, tak cerdik ...... atau pun main-main masa belajar. Mereka tidak terfikir pun masalah yang munkin dihadapi semasa sedang belajar ........ masalah kesihatan ke, kewangan ke (terpaksa bekerja sambil belajar) atau pun masalah keluarga. 

Oleh kerana ini entri geram, aku terpaksa menyejukkan hati aku dengan menatap gambar-gambar air pancut yang ada di dalam koleksi ku......... hmmm..... bunga, kolam dan air pancut adalah terapi ku.




















Jumpa lagi......


16 comments:

Ibu n Abah said...

Salam buat Kak Zah...
Walaupun saya belum ada pengalaman dalam 'anak yg ingin bekerja' tapi dapat saya rasakan apa yg kak zah rasa...
Memang syarikat tersebut tak sepatutnya bersikap begitu.. Inilah masa ungkapan 'tak kenal maka tak cinta' sesuai... Apalah salahnya dengar dahulu penjelasan Ayim baru keluarkan keputusan...
Takpa Kak Zah...
Bumi Allah luas... Mungkin Ayim akan mendapat tempat kerja yang jauh lebih baik dari yang ini.... Insya'Allah dan Amin...

Lili said...

Salam KZ,

Nasib baik KZ dah cool!

Mama said...

Salam DM & Lili

KZ bukan frust Ayim tak dpt kerja tu tp cara mereka mengendalikan interview tu... sombong betul. Ayim pun tidaklah berharap sgt....dia nakkan pengalaman di interview tu sbb dh lama tak attend interview.

KZ yg geram Ayim coooool je... he he

~meinnameistgarlic~ said...

ouh...super duper true!!sye sgt setuju dgn entry ni...

xpe2...Allah itu Maha tahu...:-)

Mama said...

Salam perkenalan meinnameistgarlic

T.kasih sudi singgah dan support mama

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

KZ, itulah dugaan namanya..simpati gak kat ayim.. hati ibu..pasti turut merasa susah payah anak kita, insyallah berkat sabar pasti akan ada peluang terbaik menanti ayim nanti.

Mama said...

Salam Yati

T.kasih sudi mendoakan yg terbaik utk Ayim. Mudah2an dgn izin Allah....

haZwAnIE said...

salam mama,,,,

wanie igtkan wanie ja pnahkena mcm nie..majikan skrang mmg truk la..atitude xdak yang elok lnsung...
sabar ja la...org mcm nie bkan lama Allah nak balas..
semoga ayim dapat keja yang lebih baik dri situ...
aminnnn

Sue Chanteq said...

ape punye interviewer la tuh..btul tuh mama, patutnya maniskan muke n mulut walaupun calon tuh xmenepati kriteria yg ditetapkan..jgn la bg calon tuh rase sgt xberbaloi tunggu sblm tuh...
btw, kite rase umah mama ni dekat la dgn umah pak long kite kat seremban nu...tp umah die depan padang..dekat dgn surau tuh...

Mama said...

Salam HaZwAnIE

T.kasih doakan Ayim.

Pegawai yg berperangai mcm ni mmg ada di mana-mana. Mama tulis pengalaman Ayim ni, supaya kalau ada pembaca blog ni yg bertugas menemuduga org, jgnlah buat mcm tu.

Salam perkenalan Sue Chanteq

T.kasih sudi baca blog mama.

Mungkin mama kenal Pak Long Su tu kalau tau namanya

shera said...

shell?

nvm..rezeki ayim ditempat lain.insyaAllah.

Sue Chanteq said...

mama, name paklong kite [ishak & badariah], kami panggil pak sahak n arwah aunty bad...hehhehehe..
dah lame bace blog mama ni tp as silent reader aje...

Mama said...

Salam perkenalan Shera

T.kasih sudi singgah.
Bukan Shell


Salam Sue

Arwah aunti tu satu kg. dgn mama

anaMuslimah said...

assalamualaikum....simpati dan geram pun ada dengan syarikat tu....tapi inilah ujian Allah buat abg Ayim...bukan calan-calang orang diduga, orang yang kuat juga...saya juga ingin mencadangkan agar sebelum pergi mana-mana interview, buatlah solat sunat Istikharah...insyaAllah segalanya akan menjadi mudah nanti...cubalah..:-))

Mama said...

W'kum salam anaMuslimah

Ini semua pengalaman yg berharga menjadikan kita lebih kuat, sabar dan tabah.
Solat sunat Istikharah itu mmg biasa dilakukannya.... belum ada rezeki lg.

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.