text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday, 6 February 2011

Mengimbau Kenangan Setahun Lalu

Hari ini, tahun lalu kami sampai di Manchester dan terus ke Leeds setelah mendapat berita mengejut... Ayim pengsan dan berada di dalam keadaan kritikal ...... kegagalan kedua-dua buah pinggang,  level kretininnya hampir mencecah 2000 dan  garam potasium darahnya tinggi yang boleh membuatkan jantungnya berhenti bila-bila masa je!  Kansernya menyerang semula.




Beginilah keadaannya apabila kami sampai di Hospital St. James, Leeds


Kuasa Tuhan.... hari ini .... Ayim menjalani kehidupan normal seperti orang lain.....
Alhamdulillah

Ayim bersantai bersama buah hati pengarang jantungnya
Kalau nak tau...... inilah 'girl friend' Ayim!  


Kalau tahun lalu hari ini dia berada di Hospital St. James menjalani dialisis dan seterusnya kemoterapi, tetapi hari hari kami berada di Perubatan Syifa' Al-Hidayah, di Melaka.

Dua kaedah perubatan yang berbeza...... satu moden dan satu lagi tradisional.


Nabi ada bersabda..... "tiap-tiap penyakit itu turun bersama dengan ubatnya. Carilah....."


Pengalaman lalu mengajar kami. Kesilapan kami selama 9 tahun, kami hanya fokus kepada perubatan alternatif.

Peristiwa Ayim pengsan di Leeds, saolah-olah Tuhan ingin menunjukkan kepada kami supaya beralih arah berubat pulak secara moden. Kami tidak ada pilihan di sana, membuatkan kami nekad supaya Ayim membuat kemoterapi. Kalau dia pengsan di Malaysia, amat besar kemungkinan kami tidak akan membawa dia ke hospital ..... apa lagi untuk membuat kemoterapi.

Setelah mencuba mendapatkan temujanji daripada tahun sudah, barulah bulan Januari lalu kami pertama kali berpeluang bertemu Hj. Lokman di cawangan Perubatan Syifa' Al-Hidayah, di Melaka. Hari ini adalah kali kedua.  Hj. Lokman dibantu oleh 'Ustaz Amirul' yang hensem itu!

Setakat ini, kami sangat berpuashati dengan kaedah perubatannya.



Gambar ini diambil semasa Hj. Lokman dan Asyraf bersiaran secara langsung di TV9





Seperti biasa, aku tidak lupa memaparkan bunga-bunga yang wangi-wangi .... seharum kasturi.. sesuai dengan suasana dan mood santai ku hari ini untuk dinikmati bersama........
 


















Salam sayang semua.....

15 comments:

kakcik said...

Segarnya bunga di laman semoga sesegar Ayim yang terus riang menghirup udara nan nyaman. :)

Mama said...

Terima kasih Kakcik

Semoga kesegaran dan kenyamanan ini berkekalan hendaknya

Lili said...

Alhamdulillah...and insyaAllah, there is always a silver lining if we persevere. :)

Cantik bunga-bunga esp bunga kemboja tu...wangi semerbak sampai ke Penang ler KZ! Hehe

Cik La said...

wow, ustaz amirul! haritu ada tengok kisah dia di trek selebriti..seakan2 dia mendapat hidayah sampai boleh berubah macam tu sekali ya..

Mama said...

Salam Lili

Kalau bau wangi semerbak sampai ke Penang... maknanya amat berkatlah tu.
Dan KZ terbau lauk pengantin yg enak tu sampai ke Sban


Salam Cik La

Tu le... kalau budak perempuan sakit, belum berubat lg tengok muka Ustaz Amirul pun boleh baik... mmg mama respectlah kat dia.... boleh mengubatkan org

Ibu n Abah said...

ksk zah...
Alhamdulillah...
syukur kehasrat Allah snw Ayim sudah bertambah baik kesihatannya...
semuga ianya berterusan hingga Ayim boleh benar2 bebas dari kanser.
Insya'Allah...
Kak zah..
bunga kenanga tu memang faberet saya kalau jumpa sure nak ambil sekuntum dua letak dalam telekong... Harum...

Mama said...

Salam DM

T.kasih. Semoga doa kita dimakbulkan Tuhan.

Bunga kenanga tu... rajin berbunga.. tak berhenti.. mmg harum. Lg satu bunga melur...tp skrg takde bunga pulak

Pn Kartini said...

Salam Mama..:)
pertama kali ke sini...
terasa sayu di hati dengan selingan lagu nasyid..& juga
ketabahan hati ke arah menemui keajaiban dariNya jua...
Moga ayim terus menerus memperolehi kesihatan yang baik...:)

Salam ukhwah..:)

nino mok said...

salam, saya baru saja baca blog mama. hati saya sangat tersentuh dengan semua entri yg dipaparkan. saya mintak izin ada beberapa potong ayat dlm entri mama saya copy paste masuk blog saya sebab saya sangat tertarik dgn ayat2 itu. kisah ayim ni menguatkan semangat saya melalui hari2 mendatang dengan penuh tabah penuh ikhlas dan penuh redha.

haZwAnIE said...
This comment has been removed by the author.
haZwAnIE said...

salam mama..

jika dibenarkan sya nk meminta nama FB,URL blog dia ka,twiter,or YM ayim boleh?????klau xkeberatan la.
saya salut la ngn ketabahan mama dan ayim..smga sya juga kuat mcm mama dan ayim...klau sya belom tentu sya stabah dan skuat mama dan ayim
klua bleh sya pon nk jdi mcm mama...
kuatkan semangat,setabah saidatina aisyah..xgentar bila di uji.
semoga ayim cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan yg mungkin dapat mhapus segala dsa kecil kta spanjang hidup di dunia pnjaman ini...
aminnnn..

Mama said...

Salam perkenalan kpd Pn Kartini, nino mok dan haZwAnIE

T.kasih sudi singgah dan mendoakan Ayim


nino mok.... mama izinkan... mama pun ambik dpd org jugak


haZwAnIE....rasanya buat masa ini tidak sesuai untuk memberi FB or YM Ayim... maaf ye. Blog ni pun dia tak baca

Mamaboyz said...

ayim..ayimm.. akaun FB pun dah dideletenya, seksa tengok kekawan lain kahwin, kerja, beranak pinak...dah tak dapat nak kutuk2 gambar dgn dia hihi

haZwAnIE said...

mama ayim..

kenai dia melalui penulisan mama,cukop membuatkan kita bersemangat untuk idup..
tu pasal nak kenai dia ...
xpa la klua xboleh..
kenai dia dkt blog ini pon dh cukop kott..

mama boys....

ya ka...tentu dia sdih tgok member2 dia dh naik plamin...sdangkan dia still bersendrian..

~conangirlz~ said...

as salam..
bru menjengah blog nie..
semoga auntie sekeluarga dikurniakan kebahagiaan n terus tabah menempuhi dugaan drNYA..aminn..