text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday, 24 May 2011

Mei yang dinanti-nantikan

 

1hb Mei 2011

Kami menyambut kepulangan anak, menantu dan cucu-cucu kami dari Manchester. Mereka sampai pukul 10.30 malam dengan penerbangan Emirates setelah bercuti 3 hari di Dubai.



Kelibat pertama

Pelukkan dan ciuman pertama


Adam Hakimi: "Wow....I am back in Malaysia already"


Ammar Hariz: "why is everybody looking at me?"


Abid Husaini.... so hot.... itchy ...... kali pertama menjejakkan kaki di bumi Malaysia


Gambar pertama keluarga setelah 3 tahun setengah tidak berkumpul


 Makan malam pertama sekeluarga ..... dah pukul 12.30 malam.... kedai ni je yang masih bukak, tetapi terasa semua hidangan sedap-sedap belaka


3hb Mei 2011

 Ayim melapurkan diri di tempat kerja.......KLIA


Ada gaya pilot........ ha ha..... belum lagi.... akan datang..... insyaallah


14hb Mei 2011


Kenduri 3 dalam 1.....Aqiqah 2 orang cucu ... Ainaa Arissa dan Nia Mysarah, kenduri syukur Ayim dah sembuh serta sudah bekerja, juga menyambut kepulangan keluarga dari Manchester, dan tidak dilupakan kenduri arwah sekali.


 Imam, Bilal dan 'Tok Ketua Kampung' memimpin berzanji, tahlil dan bacaan doa


Hidangan yang disediakan untuk tetamu






Beg 'buah tangan' yang berwarna-warni untuk tetamu yang sudi meraikan majlis kami....terima kasih sudi hadir


Kebetulan, 13hb Mei adalah harijadi Abid Husaini yang kedua tahun. Kami mengambil peluang ini untuk meraikan harijadi Abid.


Ramai sepupu-sepupu yang hadir..... satu kejutan untuk mereka


Bulan Mei yang amat membahgiakan kami sekeluarga..... syukur Alhamdulillah


Sehingga jumpa lagi


16 comments:

kakcik said...

Syukur Alhamdulillah - kasih Ilahi yang tiada tandingan buat hambanya. Disatukan dalam suasana penuh ceria dan bahagia. :)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

MERIAH!! Happy ending yang sungguh happening..syukur ke hadrat Illahi.

werdah said...

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah.. tumpang seronok.. semoga keluarga Mama di sana sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. amiin..

mummy said...

ma...mana gamba nia dgn ainaa....

Lili said...

Mama KZ,

Alhamdulillah..dapat berkumpul semula keluarga KZ. Semoga bertambah bahagia dan berasa dalam rahmat Allah. Amin.

*Nia Mysarah...hampir serupa dengan nama anak saya! ;)

Lili said...

KZ...hehe...typo kat atas tu!
*Semoga bertambah bahagia dan BERADA dalam rahmat Allah.

Mama said...

Salam Kakcik, Yati, Werdah & Lili

T.kasih banyak2 kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga mama. Mama amat terharu. Budi baik dikenang sampai bila2.

Walaupun kita belum berjumpa, tetapi sudah rasa mcm sahabat lama. Mama juga mendoakan semoga keluarga kakcik, yati, werdah & lili sentiasa dirahmati Allah... amin.

Mama said...

Salam Lili

Nama anak Lili Mysarah jugak ke? Hmm.... nnt satu hari kita ketemukan mereka berdua....

Mama said...

Mummy.... dalam kamera mama takde gambar mereka berdua...

Cik La said...

mama, bulan mei juga cukup indah buat saya.. hehehhe.. yang makan waktu 12.30malam tu kat Malee, Dengkil ke?

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Mama,

Alhamdulillah dapat berkumpul ramai2. Bahagianya.

haZwAnIE said...

as'salam mama,pa kabar????

syukur la semua dugaan yang mama hadapi dgn tabah ada ganjaran dariNYA...alhamdulillah semua dah kembali bahagia..ayim pon dah sembuh dan boleh kejar cita2 dia...

Mama said...

Salam Cik La

Mama tau lah... Cik La nak g hol kat NZ kan? atau pun ada lain... hmmmm
Makan malam tu kat Sban.... LARIS nama kedai tu


Salam perkenalan Kunang-Kunang

T.kasih...mmg teramat bahgia
setelah 3 thn lebih tidak berkumpul sekeluarga


Salam haZwAnIE

T.kasih.... cita2 asalnya nak jadi pilot... skrg ni dah dpt kerja kat airport....kira dh masuk dlm industri yg diminatinya....hanya menunggu peluang utk meneruskan cita2nya. Kita sama2 doakan ye

FaAtip said...

wah, berkumpul ramai2, mama confirm hari2 sibuk semedang nih, semedang tu orang Tengganu kata sokmo. Sokmo tu always...hehe

FaAtip said...

wah, berkumpul ramai2, mama confirm hari2 sibuk semedang nih, semedang tu orang Tengganu kata sokmo. Sokmo tu always...hehe

Mama said...

Salam Fa

Mmg confirm sibuk semedang... nak ziarah blog kwn2 pun tak sempat. Tp bila berkumpul ramai2.... senyum sokmolah... he he