text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday, 3 June 2011

Selamat Hari Jadi.... Ayim



3hb Jun 2011..... genap umur Ayim 29 tahun.



Ayim.... ketika berumur 6 bulan


Gambar favouritenya - Menyambut hari jadi yang pertama.... merenung kek nbr 1
(di dalam hati mungkin berkata.... "besarnya kek.... boleh ke habis aku makan ni??)



ketika berumur 2 tahun


ketika berumur 6 tahun




Permata hati ku.... anugerah Tuhan yang paling berharga di dalam hidup ku
Semoga mereka sentiasa bersatu dan sayang menyayangi di dalam apa jua keadaan
Susah senang diharungi bersama


Ayim anak lelaki tunggal di dalam keluarga. Dialah harapan kami untuk memikul tanggungjawab yang berat bagi memastikan 'keselamatan' kakak-kakaknya dan juga adiknya apabila kami sudah tiada.





Dan dia juga adalah cucu lelaki sulung sebelah keluarga papanya. Secara otomatisnya dia juga adalah 'abang sulung' kepada 28 orang sepupu-sepupunya. Semoga Ayim berjaya memikul tanggung jawab sebagai 'ketua keluarga' apabila kami semua telah kembali. 


SELAMAT HARI JADI AYIM. 
  semoga sentiasa di rahmati Allah di dunia dan akhirat

Kami semua sayang kamu



17 comments:

kakcik said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Ayim. Semoga kasih dan rahmat Ilahi sentiasa bersamamu dan keluarga yang menyayangi dan disayangi kamu.

Lili said...

Selamat Hari Lahir, Ayim.
Semoga sentiasa berada di dalam perlindungan Allah.

Ayim,

You should be proud of your mama. She is remarkable. And...I love her too! ;)

Anonymous said...

Happy Bday Ayim..semoga hidup penuh ceria bersama family yg terchentaaa..amiin

knoreza

Atiqah Abdullah said...

salam mama :)
pertama kali baca blog mama,10/1/2011.
pertama kali komen juga pada post mama tentang birthday ayim...tapi yang tahun lps~
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga mama dunia & akhirat!
"sanah helwah ayim"

Mama said...

Salam Kakcik

T.kasih t.kasih.. tiada kata yg indah yg dpt mama ucapkan


Salam Lili

TQ... I love U too



Salam Knoreza

T.kasih. mama doakan knoreza jugak hidup ceria bersama keluarga tercinta

Mama said...

Salam Atiqah

T.kasih sudi baca cerita Ayim. Maaf ye mama tak perasan komen pd bday tahun lepas. Mama jarang masuk semula N3 yg dah lepas2.

T.kasih sekali lg kerana sudi mendoakan kami sekeluarga. Semoga Atiqah sekeluarga juga mendpt rahmat dari Allah

FaAtip said...

Happy Belated Birthday to Ayim.

Akan sentiasa mengharap dan mendoakan semoga kebahagiaan milik you all berdua dan seluruh ahli keluarga!

Muka Ayim tak banyak berubah lah! Sejibik macam umur dia 6 tahun! hehee

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,

Terlewat sikit nak ucap Happy Birthday kat Anak lelaki tunggal KZ-Ayim..mudah2an perjalanan hidup Ayim sentiasa dirahmati dan diberkati Illahi..tercapai segala impian dan dipermudahkan segala urusan.

Senyum selalu KZ..

Mama said...

Salam Fa & Yati

Seperti kata omputih... better late than never.... he he

KZ mengucapkan t.kasih bagi pihak anak bujang sorang

haZwAnIE said...

as'salam mama..

diam xdiam dh 29 tahun ayim hidup kt dunia nie...sananah helwah ya Ayim...jazakallah huqoirun kasiro...



untuk mama jgak tahniah sebab dh bjaya buat dia tabah dan kuat hadapi dgaan Ilahi

semoga kembali senyum

Mama said...

Salam haZwAnIE

Itulah kehendak Tuhan... kita hanya berdoa dan berusaha... alhamdulillah doa kami akhirnya dimakbulkannya.

T.kasih.... sonyum sokmo

Fariza said...

Salam perkenalan mama..

& happy birthday Ayim.

Blog mama memberi inspirasi & semangat pada saya..pinjam semangat mama & ayim ye.

Mama said...

Salam perkenalan Fariza

T.kasih sudi singgah.

Nak pinjam semangat? Boleh je.... kalau blog ini boleh memberi semangat dan inspirasi,mama rasa tidaklah sia2 mama merapu setiap kali menulis N3 baru...

Ibu n Abah said...

Kak zah...
maaf lewat membaca entry kak zah... entah kenapa blog list saya ada masalah.. tak tunjuk waktu kak zah baru update...
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Ayim. Semuga di Rahmati dan di Berkati Allah snw.

Mama said...

T.kasih DM...semoga DM sekeluarga juga diRahmati & diBerkati Allah SWT

Aisyah.. said...

AS Salam..
Selamat Hari Lahir untuk AYIM....
semoga dipermudahkan segala urusan...

Terima kasih kerana berkongsi cerita... membaca blog puan membuatkan saya lebih menghargai dan tabah dalam perjalanan.. hidup.. ini..

TQ..AisyahAhmad...

Mama said...

Salam perkenalan Aisyah

T.kasih sudi singgah dan mendoakan Ayim.