text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 31 December 2015

Selamat Pengantin Baru Ayim dan Ain


Salam semua.... besok kita akan menyambut tahun baru... 2016. Sebagai penutup untuk tahun 2015, aku ingin berkongsi detik-detik gembira kami sekeluarga menerima kedatangan orang baru di dalam keluarga kami, iaitu isteri Ayim.

Mereka memang sudah kenal di antara satu sama lain... sama sekolah dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Selepas habis sekolah... masing-masing membawa haluan masing-masing dan ditakdirkan bertemu semula setelah berkerja. Itulah jodoh namanya.... Kami sekeluarga mengucapkan selamat datang kapada menantu kami, Duratul Ain ....

Di sini aku paparkan gambar-gambar di majlis yang amat bermakna buat kami sekeluarga.... detik di mana 5 tahun dulu aku tidak dapat menjangka sama ada aku akan dapat mengadakan majlis ini. Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa kami. Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan kegembiraan  kami....... tidak perlu rasanya untuk aku berceloteh panjang.



Majlis Pertunangan





Perbincangan kedua belah pihak.... 5 dulang di balas 13 ... wow



Cincin pertunangan



Menyarung cincin untuk satu-satu-nya menantu perempuan kami






Sebentuk cincin, sepasang baju, telekung, tas tangan & kasut dan wangian 



Majlis akad nikah


Rombongan kami membawa 5 dulang juga





Duit mas kahwin dan seutas gelang untuk upacara membatal air sembahyang



Tiga lagi dulang sebagai 'pengiring'



Dengan sekali lafaz .. Ayim sah menjadi suami kapada Duratul Ain














Majlis resepsi sebelah perempuan












Majlis resepsi sebelah kami










Marilah kita sama-sama mendoakan kebahgiaan mereka dan jodoh mereka 
berkekalan hingga ke Jannah
Amin



7 comments:

Kakcik Seroja said...

Syukur Alhamdulillah...

Selamat menempuh alam rumahtangga buat Ayim dan Ain. Semoga berbahagia bersama hingga ke syurga.

Aamiin...

Mama said...

Amiin.... T.kasih kakcik

Anonymous said...


Amin... terima kasih mama... terima kasih kakcik nur... :-)

Cik La said...

Alhamdulillah... seronok sangat dengar berita ni! sampaikan salam buat ayim dan isteri.. tahniah buat mama, ayim dan seluruh family!

Unknown said...

T.kasih Cik La.... alhamdulillah

Anonymous said...

Assalamualaikum Mama Ayim,

Rasanya inai di jari masih berbaki, jadi belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada Ayim dan isteri, serta tahniah Mama Ayim kerana diizinkanNya menyaksikan penikahan Ayim. Airmata gembiran dan sebak terharu - dua perasaan yang berperang di dada saya ketika melihat gambar-gambar pengantin. Ya Allah, sesungguhnya Engkau merancang segala. Siapa sangka termakbul juga impian anak muda ini untuk melayari bahtera keluarga seperti anak muda lain. Terbayang wajah anak saya sekiranya perancanganNya berbeza....Semoga Ayim menikmati kehidupan suami isteri yang diredhai sehingga ke Jannah.....Mama Afzal.

Duratul Ain said...

Inshaallah... Amin... -Ain, istri Ayim-