text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 5 December 2010

Mencari dan terus mencari

Di dalam perjalanan balik ke kampung, sebelum pekan Rantau, aku telah berhenti di sebuah gerai buah di tepi jalan. Kebetulan ada sebiji durian belanda. Wah .... bukan main seronok lagi walaupun hanya ada sebiji sahaja.







Buahnya taklah 'cantik' sangat tapi aku tetap bersyukur. Harganya RM5.50 sebiji.... tak boleh kurang. Apek jual buah tu kata....."Itu hari ada satu pompuan Melayu datang angkat semua.... dia kata ini buah boleh ubat itu sakit kanser." Hmmm.... patutlah harga buah ini terus melambung!!

Kita orang Melayu memang terkenal sebagai bangsa yang mengenang budi. Aku agak terkilan kenapa nenek moyang kita menamakan buah ini "Durian Belanda." Aku rasa tak ada pun budi orang Belanda kapada kita. Asal buah ni pun bukan dari negeri Belanda tapi dari Amerika Selatan. Tak pasal-pasal je Belanda dapat nama! Kenapa tak diberi nama durian Minang ke atau pun durian Jawa ke..... atau pun durian Bendahara... ha......paling hampir bunyinya dengan Belanda! Kalau mengikut pepatah Melayu ..."seperti Belanda diberi tanah" .... saolah-olah nenek moyang kita bencikan orang Belanda. Aku jugak ada perasaan 'anti' dengan Belanda ini.

Dari zaman kanak-kanak, aku sudah didedahkan oleh arwah ibu ku akan peristiwa Natrah. Dan, bila ada kesempatan aku memang mengikuti perjalanan hidup sedihnya sehinggalah dia meninggal dunia. Minggu lepas, sementara Ayim 'sihat',  kami telah berkesempatan menonton teater "Natrah" di Istana Budaya. Kisah percintaan yang amat tragis.... Belanda dengan angkuhnya berjaya memurtadkan saorang wanita Islam tanpa rela.





Aku 'perasan' berposing dengan Mansor Adabi (Remy Ishak) dan Natrah (Maya Karin)


Dalam pencarian durian Belanda ini, kami jugak telah menuju ke arah selatan. Di salah sebuah R & R yang kami singgah, ada sebuah gerai yang menjual jus durian belanda. Daripada posternya, nampak sungguh 'exotic' sekali. Aku pun teruja nak memberi Ayim merasa jus durian belanda buat kali pertama.  Nasib baiklah aku ini suka 'menyibuk'. Aku 'interview' salah seorang pekerja di gerai itu....di mana mereka mendapatkan bekalan buah ini. Dia dengan ramah mesra memberitahu ada seorang pembekal Melayu yang menghantar ke kedai itu. Tetapi bosnya pulak enggan memberi aku nama dan alamat pembekal itu. Pekerja itu memberitahu lagi, semuanya sudah siap diproses dan disimpan di dalam bekas plastik dan dibekukan. Bila diperlukan, mereka hanya perlu  menambah air sahaja dan hidang. Dia pun menunjukkan kepada aku bekas plastik itu.

Aku beristighfar beberapa kali apabila aku tengok bekas plastik itu. Memang Tuhan mahu menyelamatkan Ayim. Di dalam bekas itu sudah siap dibancuh dengan gula! Pesakit kanser mana boleh makan gula! Gula adalah musuh nombor satu. Kalau aku beri Ayim, memang akan memudaratkan. Tuhan memberi aku petunjuk supaya aku memberi Ayim buah segar. Kalau nak minum jus jugak, mestilah diproses sendiri di rumah.

Pencarian diteruskan.... 2hb Disember, kami telah pergi melawat MAHA. Alhamdulillah.... memang ada buah yang dicari-cari. Penjual itu beritahu dia mendapat bekalan dari Bidor. Tetapi semuanya masih muda lagi... belum boleh dimakan. Harganya RM6.00 satu kilo. Aku pun membeli 3 kilo dan sebatang anak pokok untuk ditanam.





Bermacam-macam jenis buah dan sayuran disusun indah.... sungguh mempersonakan




Bermacam jenis okid dipamerkan





Anak pokok durian belanda


Menurut penjual pokok durian belanda ini, paling cepat pokok berbuah ialah 3 tahun. Hmmmm..... sementara pokok ini berbuah, kami akan mencari dan terus mencari

9 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam KZ...

masa jkakcik melalui Pekan Bidor tempohari, memang ternampak buah ini dijual. Agak besar juga buahnya.

Semoga usaha KZ ini akan memberi sinar baru buat Ayim. InsyaAllah.

Mama said...

Salam Kakcik

Buah yg dibeli kat MAHA masih tak masak2 lagi.... kecik2 je. KZ rasa lama jugak nak kena tunggu baru boleh dimakan.
T.kasih Kakcik sudi mendoakan.

Ibu n Abah said...

Salam kak zah...
pagi tadi di opis.. saya dah cuba nak komen disini.. tapi line internet kat opis tu, kejap semput.. kejap ok...
Anak pokok durian belanda tu mungkin mengambil masa 3 tahun nak besar dan berbuah tapi.. waktu berlalu cepat sekali... Insya'Allah.. panjang umur kita semua.. akan ada entry 'buah durian belanda pertama ku'...
Mudah-mudahan kandungan dalam buah durian belanda ini akan dapat membantu Ayim melegakan kanser yang ayim tanggung. Insya'Allah...

Mama said...

Salam DM

Org TMNet tu kata ada masalah internet seluruh Msia.. tp jiran punya OK pulak.

Terkedu sekejap KZ dgn tajuk N3 tu... mudah2an diperkenankan Allah. T.kasih DM

aRoL said...

Salam,
mudah-mudahan kedatangan tahun baru memberi sinar pada ayim. pernah juga dengar kaitan durian belanda dengan kanser ni..saya kecik-kecik dulu selalu makan durian belanda ni..tapi sekarang ni payah nak jumpa dah..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,

Alhamdulillah, akhirnya berjumpa juga dgn ape yg dicari. Saya yg tak perasan di MAHA ada bnyk buah durian belanda tu. Semoga anak pokok yg akak beli dan tanam tu akan berbuah dgn cepat dan lebat. Saya pun nak cari sepohon dua utk ditanam kerana khasiatnya.

Amvoiii..sempat menonton teater Natrah ye k.zah..sejarah yg tak mungkin dilupakan..

mendoakan ayim terus sihat dan ceria..

Mama said...

Salam aRoL

T.kasih. Mmg betul... skrg ni susah nak jumpa sbb satu pokok tu kalau berbuah tak banyak.


Salam Yati

Buah2 tu dipetik sebelum tua... tak boleh makan pun...nak kena cari yg lain.

K.Zah bukanlah 'kaki' teater tp sbb Natrah punya pasal, teringin pulak nak tengok.

Lili said...

Salam KZ,

Lega hati ni KZ dah dapat durian belanda tu. Sejak saya kat Ipoh ni, ada jugak hasrat hati nak cari buah tu kat sini dan poslajukan ke KZ! Tapi, sibuk di rumah mak tak dapat nak jenguk ke pasar pun...

Ha, KZ tau tak another name for soursop @ durian belanda ni is durian DAUN? hehe... yes, just like the place in Melaka! I just learnt about it from a comment from an old timer in a blogger-friend's blog! And I'm sharing it with you now... ;-)

Mama said...

Salam Lili

Buah tu semua tak dpt dimakan... sbb dipetik sebelum tua... lembik satu mcm... tak sedap langsung. Nak kena cari lain

Wow... Durian Daun? first time dengar.... TQ for sharing