text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 30 May 2010

Berakhirnya satu penantian


Jambangan bunga di pintu masuk hospital.


Pada 25hb Mei, pukul 2.00 petang, kami sudah berada di Hospital St. James, Leeds. Kami sampai setengah jam awal. Temu-janji untuk berjumpa doktor pakar pukul 2.30 petang. Sementara menunggu dipanggil masuk, Ayim membaca buku "Coping with Hair Loss" yang diberi percuma oleh MacMillan Cancer Support UK. Di dalam buku ini, terdapat banyak tip-tip yang bagus dan nasihat untuk pesakit-pesakit kanser, seperti penjagaan kulit kepala, memakai topi, rambut palsu atau skaf yang sesuai, shampoo apa yang boleh digunakan dan macam-macam lagi.




Tepat pukul 2.30, kami dipanggil masuk. Dengan senyum manis doktor itu mempersilakan kami duduk.

Dr. Thomas : "I have good news for you".

Kami terpinga-pinga.....

Ayim : "Good news?"

Dr. Thomas : "Yes.... your CT Scan result is with me.... and it is very very encouraging. Marvellous. The chemoterapy is working very effectively for you and the tumor in your abdomen is now shrinking tremendously."

Ayim : "Shrinking Doctor? How much ........ 70%?" Ayim tak sabar.... excited.

Dr. Thomas (Masih tersenyum) : "more"

Ayim : "80%?"

Dr. Thomas : "more than that........."

Mama : "90%?"

Dr. Thomas : "Yes....around that!"

Kami berdua berpandangan.... rasa macam mimpi .... tidak percaya. Ya Allah.... inilah saat yang kami tunggu-tunggu semenjak Ayim mula membuat kemoterapi tiga bulan dulu. Berakhirnya satu penantian dengan senyuman ...... syukur.... alhamdulillah

Ayim : "Doctor, can we see the image of the CT Scan?"

Dr. Thomas terus menunjukkan kepada kami imej masa mula-mula dulu, di mana "diameter" tumor itu lebih kurang 8cm... menghimpit kedua-dua ureter Ayim, dan imej sekarang.
Di tempat asal tumor itu memang macam sudah tak ada apa-apa. Yang ada hanyalah bekasnya.
Tetapi, buah pinggang yang sebelah kiri kecil sedikit berbanding dengan yang sebelah kanan. Ini disebabkan terlalu lama terhimpit oleh tumor itu. Walaupun kecil tetapi masih berfungsi. Menurut doktor itu lagi, itu tidak perlu dirisaukan. Lama kelamaan nanti, buah pinggang kiri itu akan kembali seperti normal.... insyaallah.

Lepas itu, dia memberi satu lagi berita gembira. Oleh kerana tumor itu sudah mengecut, tiub beg plastik kencing yang Ayim terpaksa bawak kemana sahaja, sudah tidak diperlukan lagi. Sudah boleh ditanggalkan.... alhamdulillah. Dr. Thomas akan berbincang dengan doktor yang bertanggung jawab dan pihak hospital akan memberitahu kami tarikh sesuai bila boleh dilakukan.

Aku tak sudah sudah mengucapkan syukur di dalam hati. Terasa seperti bulan jatuh ke riba! Penantian kami berakhir dengan berita gembira.

Sebelum kami datang ke hospital tadi, kami telah terlebih dahulu pergi ke Universiti kerana Ayim telah berjanji untuk berjumpa dengan kawannya untuk mengambil surat-surat Ayim yang banyak di dalam simpanannya.

Pemandangan di hadapan bangunan utama Universiti Leeds

Kebetulan hari itu adalah hari terakhir peperiksaan semester kedua mereka. Ayim nampak macam 'terkilan' kerana tidak dapat mengambil peperiksaan bersama-sama kawan-kawannya.
Sebaliknya, dia sedang 'bergelut' untuk menghabiskan kemoterapinya.

Kuasa Tuhan..... tidak sampai 3 jam Ayim berasa terkilan kerana tidak dapat menghabiskan pelajarannya, Tuhan telah mengurniakan sesuatu yang lebih berharga di dalam hidupnya .... kesihatan! Kesihatan yang tidak boleh di jual beli. Nampak jelas sekarang, Tuhan melorongkan Ayim datang ke UK, yang utama ialah untuk berubat.... dah sihat barulah sambung belajar! Subhanallah.....

Ini baru lepas sesi yang ketiga, 10 peratus sahaja lagi yang tinggal. Ada tiga sesi lagi, aku sudah mula berangan..... selepas enam sesi, mestilah Ayim boleh pulih sepenuhnya!

Ya Allah...... makbulkan doa ku ini. Biarlah angan ku ini menjadi kenyataan.
Bukannya tinggal angan-angan dan kenangan sahaja......

Ya Allah..... kami mohon rahmat Mu




Selesai pertemuan itu, kami terus naik ke tingkat lapan untuk berehat di bilik yang telah di sediakan. Janet telah sedia menanti dengan senyum lebar. Katanya, dia telah menyediakan bilik yang lebih istimewa untuk kami. Macam dia tau aje yang hati kami ini sedang berbunga-bunga kegembiraan yang tidak terkata.

Dia pun menunjukkan bilik kami.... wow... aku terkejut! Memang istimewa... luas dan amat selesa. Aku tak tau kenapa dia nak beri kami bilik yang luas ini.....hmmmm.... aku tak mau tau... ini semua anugerah Tuhan.



Malamnya, Ayim terus menunaikan sembahyang syukur tanpa bertangguh-tangguh lagi.

Besoknya, pukul 9.30 pagi, Ayim menjalani sesi keempat kemoterapinya tanpa masalah. Kami telah tidor dua malam di hotel itu.


Hari Kamis pagi, kami bertolak balik ke Manchester dengan menaiki bas National Express.
Di sepanjang perjalanan, seperti kebiasaan, aku mengambil gambar-gambar pemandangan.



Yang putih-putih di tengah padang itu ialah kambing biri-biri



Stesen bas National Express di Manchester Central

Sampai di Manchester Central, kami menaiki teksi untuk balik ke rumah. Ada teksi berwarna hitam, kuning dan biru. Aku memilih yang biru.




GOD GIVES YOU WHAT YOU REALLY NEED, NOT WHAT YOU REALLY WANT
(Tuhan memberi apa yang kita betul-betul perlu, bukan apa yang kita betul-betul mau)
Itulah yang terjadi pada kami.....Allah lebih mengetahui

8 comments:

Ibu n Abah said...

Kak Zah..
Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah snw yang telah mengembalikan kesihatan Ayim. Sesungguhnya doa seorang ibu memang mustajab dan penawar.. Semuga ayim dapat meneruskan pengajiannya hingga tamat.
Insya'Allah.

Mama said...

T.kasih DM kerana tolong mendoakan Ayim. Kalau semua OK, tahun depan dia akan dtg semula sambung belajar (sem. 2 yg tertinggal) insyaallah

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam Kak dan Ayim,
Syukur ke hadrat Allah atas khabar gembira ini. Tumpang gembira dan terus mendoakan semoga Ayim akan sembuh 100% dan kembali bersemangat meneruskan pengajiannya nanti.

Tahniah kak Zah dan Ayim.

Mama said...

Terima kasih Yati....alhamdulillah. Semoga kegembiraan ini berkekalan

OmarMaznah7 said...

Alhamdulillah, shukur dengan rahmat Allah s.w.t. Gembira sangat dengan berita gembira ini. Allah perkenankan doa2 kita semua untuk Ayim. Benar janji2 Allah jika kita berjalan kepadaNya, Dia akan datang berlari pada kita. Tabahkan hati dalam perjuangan ini. Doa ku selalu mengiringi.....Maznah

Mama said...

TQ for everything Maz. I pun mendoakan semoga U & family sentiasa dilimpahi rahmat Allah

FaAtip said...

Salam.
Saya singgah dari rumah Somuffins. Dah lama saya mengikuti kisah Azim ni. (kiranya jadi silent reader la ni) :D

Dulu2, saya terharu dan kadang2 keluar air mata (alamak! malu pulak) tapi hari ni, saya tersenyum membaca entri ni. Saya doakan Azim akan terus tabah dan semakin hari semakin sihat, InsyaAllah.

Mama said...

Salam perkenalan fa*atip... sori lambat jawab... saya baru terperasan.
T.kasih tolong mendoakan....hanya Allah yg dpt membalasnya