text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday 20 May 2010

Sabar je

Alhamdulillah..... bisul di atas bibir Ayim sudah tidak sakit lagi dan beransur sembuh.

Pada 18hb Mei, aku dan Ayim telah menaiki bas National Express dari Manchester ke Leeds. Pukul 3 petang, Ayim ada temu-janji dengan doktor di Hospital St. James untuk pemeriksaan lanjut dengan membuat CT Scan.

Seperti biasa aku merakamkan pemandangan yang indah di sepanjang perjalananan ini.





Apabila sampai di hospital, Ayim terus masuk ke bilik Radiology untuk membuat CT Scan. Tujuan membuat CT Scan ini ialah untuk mengetahui keberkesanan proses kemoterapi yang telah dijalankan..... sama ada tumor itu sudah mengecut atau pun tidak.

Tiga jam sebelum prosidur ini bermula, Ayim tidak dibenarkan makan.


Lebih kurang pukul 5.30 petang, baru lah semuanya selesai..... hmmmm ... Ayim kelaparan. Makanan yang halal di kafeteria sudah habis yang ada hanya chips. Tetapi, pelayan di kafeteria tu baik hati, dia dengan senang hati buatkan roti bakar untuk Ayim.


Ayim tidak menoleh kiri kanan terus menjamah makanan.

Selepas makan, petang itu jugak kami pulang semula ke Manchester. Di musim bunga ini, pukul 8.30 malam masih lagi terang.

Di hadapan kawasan hospital

Keputusan CT Scan ini akan di hantar melalui pos. Mereka tidak pula memberitau berapa lama baru keputusan itu akan dikirimkan. Mungkin mengambil masa satu minggu. Walaupun satu minggu, kita yang menunggu memang terasa terlalu lama. Suspen ....suspen.... sabar je ..... Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan!!!

Sampai di Manchester, kami menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

Aku amat 'teruja' melihat teksi-teksi di Manchester ni...... ceria dan berwarna-warni... sesuatu yang tidak di dapati di Malaysia..... jadi aku seronok merakamkan gambar-gambar ini.






6 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak dan Ayim,

Tumpang cucui mata menikmati pemandangan indah di sana. Berbakat nampaknya dlm menggunakan kamera.
Teksi kat sana pun menarik, klasik sgt dan beridentiti.
Berdebar ye kak menunggu keputusannya. Sama2 kita terus berdo utk yg terbaik.
Syukur, walaupun ayim menempuh pelbagai jenis rawatan namun dia sgt tabah. Suka sgt melihat dia berselera menjamah makanan. Cepat sihat ye ayim.

mummy said...

rasa mcm nak ketuk rumah kat country side dan tanya 'can i have a look at the inside of your house?'

Ibu n Abah said...

salam mama ayim...
wah! indah sungguh pemandangan yg sempat dirakam oleh puan... mcm kata yati, kami pun berpeluang cuci mata... ada satu mlm tu (lepas tgk gambar) saya sampai termimpi2 suami bawak pergi london sebulan setengah... pemandangannya saya nampak dari kamera puan...
saya nak tumpang tanya,
kalau nak dialysis di sana, mudah tak?... suami dah berkali ajak bawa anak2 tp saya kuatir depa tak terima rakyat asing dialysis sebab saya bukan kategori student yg dapat semua kemudahan mcm ayim?....
nanti bila puan balik ke malaysia... saya pasti ingin bertemu bersama2 cik som... insya'Allah...

Mamaboyz said...

assalamualikum ibu n abah

saya google tengok mungkin puan boleh book holiday dengan company ni, memang specialize untuk mereka yang perlukan dialisis, ada banyak destinasi tu :)

http://dialysisholidays.co.uk/

lagi satu mungkin kalau datang sendiri kena buat dialisis dengan private hospital, tak pastilah berapa pulak bayaran

Ibu n Abah said...

waalaikummussallam...
terima kaseh drwati memberikan jawapan buat saya...
insya'allah saya akan cuba google lihat option yg mereka ada...
dan akan bebrbincang dgn pihak hospital sini bagaimana caranya nak dialysis di tempat orang kerana pernah dengar kena ada referral letter dari hospital sini memberitahu condition kita(pesakit)..
Terima kaseh...

Mama said...

Salam Yati
Pemandangan country house depan kolam ni mmg akak dah cuba ambik tiap2 kali lalu di situ... tp semua tak memuaskan... ialah hiway bas laju... kdg2 pulak ada lori besar kat sbelah. Kali ini baru dapat.. puas hati.

T.kasih kerana terus mendoakan Ayim.

Mummy... mmg cantik scenery kat situ.... mcm dlm filem tu...ada bbrp shot lagi belum tayang... he he


Salam Ibu n Abah..
Kelakar lah pulak sampai termimpi gambar2 yg saya ambik... marilah dtg... mesti ada cara yg terbaik mcm mana nak buat dialysis kat sini
Kalau suami dah ajak... ikut je.
Datang holiday lagilah best...