text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday 6 July 2010

Aku Mesti Menang

Aku menganggap aku sedang berperang dengan sel-sel kanser ini. Dan aku mesti menang (Insyaallah..dengan izinNya jua). Dengan memakan ubat sahaja, dan dengan diet yang betul, belum cukup untuk menyembuhkan penyakit yang ganas dan mampu membunuh ini. Lagi satu perkara yang kami sudah amalkan ialah dengan meminum air yang sudah ditapis.

Seperti kata Sun Tzu: "Know your enemy and know yourself; had you then a hundred wars to fight, you would a hundred time victorious".

 Di dalam tubuh badan maanusia, mengandungi lebih kurang 70% air (mengikut umur).  Kita juga digalakkan untuk meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari....seelok-eloknya air yang mengandungi mineral yang tinggi. Dan air juga mustahak kerana ia adalah faktor kedua penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia selepas oksigen. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama 30 - 40 hari, tetapi hanya beberapa hari sahaja tanpa air (seperti bersyarah pulak.....) 

Salah satu sumber air di Malaysia ialah daripada sungai. Lapuran JBA 2002 (aku tak jumpa pulak yg terkini), 150 sungai masih digunakan untuk membekalkan air di samping 63 dams. Setakat hari ini, aku belum ada dengar lapuran yang mengishtiharkan sungai-sungai kita bersih. Yang kita masih dengar ialah sungai di Malaysia masih menjadi tempat buangan segala jenis sisa-sisa ....... samada sisa kilang, maanusia atau pun bangkai binatang. Sekitar Oktober/November 2009, aku teringat pernah menonton Buletin Utama di TV3 di mana Karam Singh Walia telah mendedahkan betapa kotornya air minum untuk penduduk di Cameron Highlands kerana sungai yang menjadi punca air dicemari hasil sisa-sisa di atas....lengkap dengan video yang amat menjelikkan. Selepas seminggu terus tindakan serta-merta diambil oleh Jabatan-jabatan yang berkenaan.

Kalau kita hanya mengharapkan satu pihak sahaja nak menjaga kebersihan sungai, dan satu pihak lagi tak peduli dan tidak ada rasa tanggung jawab langsung, walaupun dia orang sama-sama meminum air tu, sampai bila pun masalah sungai kotor ini tidak akan selesai.

Mungkinkah sungai di Malaysia akan berubah wajah seperti ini?

Kita juga tahu, Jabatan Bekalan Air di Malaysia menggunakan klorin untuk merawat air ini untuk membasmi kuman. Dan, klorin adalah salah satu ajen yang menyumbang kepada kanser. Besi paip juga sudah lama tidak diganti. Bayangkan karat-karat besi itu yang keluar bersama air di kepala paip rumah kita... dan air itulah yang kita minum dan memasak nasi, lauk pauk dan sebagainya! Klorin ini kalau tinggi kandungannya, ikan dalam akuarium pun boleh mati.... apa lagi maanusia. Kita prihatin menggunakan anti-klorin untuk ikan-ikan dalam akuarium kita... tapi untuk diri kita sendiri... bagaimana?  (Hmmmm.....bersyarah lagi.....)



Dulu, aku pun tak kisah semua ini...... sehinggalah Ayim disahkan mengidap kanser.  Barulah kami terfikir betapa perlunya penapis air dipasang di dalam rumah. Sebelum ini, aku fikir dengan memasak air sudah mencukupi untuk membunuh kuman. Memang kuman mati tetapi... karat besi dan bendasing yang lain masih ada melainkan ditapis.

Oleh kerana tubuh badan maanusia memerlukan kandungan air yang bermineral, justeru, aku memilih penapis air yang mempunyai ciri-ciri:

* mampu menghasilkan kandungan mineral yang tinggi
* mampu menapis klorin & mengnyahkan bendasing
* penyelenggaraan yang mudah
* mempunyai 7 kebuk....(didalam Islam, banyak perkara 7 - seperti hari, samak)

Apabila aku menghadiri kelas mengenai air ini, barulah aku tahu...air ini ada beberapa kategori.

* Distilled water - air bateri, hanya mengandungi hydrogen & oxygen 
* Ionized water - tinggi antioxidant...membantu mengseimbangkan pH badan
* RO water - (reverse osmosis)  air ini popular, tapi kandungan mineral rendah
* Mineral water - air yang mengandungi mineral yang tinggi (seperti air zam-zam tetapi mana boleh sama)

Semasa Ayim sambung belajar semula, dia tinggal di asrama. Jadi kami tak boleh nak pasang penapis air ini di biliknya. Kami pergi ke stokis yang menjual penapis air ini di Skudai kalau-kalau dia ada menjual air di dalam botol... bolehlah Ayim pergi beli. Dia orang tak jual.... tapi bila nak, datang je ambik.... percuma. Masalahnya ... Ayim pulak malu nak pergi ambil. Kebetulan, semasa kami sedang berbincang, ada seorang wanita sedang mendengar perbualan kami. Dia terus menawarkan supaya Ayim datang je ke rumahnya yang tidak jauh dari kawasan kampus UTM untuk mengambil air. Alhamdulillah.... syukur.... kami tak kenal pun dia. Dua tahun Ayim pergi ke rumahnya bila memerlukan bekalan air. Sehingga kini kami menjadi rapat seperti adik beradik. Terima kasih Cik Siti.

Botol inilah Ayim bawak pergi isi air di rumah Cik Siti.... dan kami belikan dia water dispenser ini .... ada 'hot' and 'cold' ... tidak payah nak memasak air

Setakat hari ini, selain memakan ubat, kami telah menggunakan penapis air, menukar diet dan insyaallah Ayim akan memulakan senaman yang sesuai apabila balik ke Malaysia nanti.

Di sepanjang perjalanan ini, di hari-hari yang akan kami lewati, pasti akan ada lagi penemuan baru untuk memerangi penyakit ini. Dan, sudah pastinya aku akan terus berjuang....

Kepada Cik Siti sekeluarga.... jasa mu tak akan kami lupa. Seperti jugak Dr. Latif, kami sekeluarga mendoakan semoga keluarga adik Siti dilimpahi Rahmat oleh Allah subhanawata'ala dunia dan akhirat.
Cik Siti mungkin tidak membaca coretan ku ini kerana aku tidak beritahu dia kewujudan blog ini.

10 comments:

Ibu n Abah said...

kak zah..
satu pengetahuan yang baik untuk kami semua yang tidak tahu menahu mengenai 'kebersihan air'... terima kaseh kak zah...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah dan Ayim,

Saya sekeluarga memang dah lama menggunakan penapis air, entah dah berapa biji silih berganti. Faham2lah k.zah klu yg elok tu harganya ribu riban. Demi nak dptkan air yg berkualiti dan demi nak jaga kesihatan sekeluarga paksa diri beli.

Masalahnya bila dah biasa minum air bertapis..tekak mulalah ala2 alergik nak minum air yg tak bertapis. Khasnya bila pergi rmh org, kenduri kendara atau mkn di luar. Terasa payau atau perasan rasa klorin jer kat tekak. Org kata mengada2 plak.

Sbb itu saya cerewet nk minum air kosong di tmpt org. Klu dah dibuat air kop/teh dsbnya telan jugalah.

Alhamdulillah..kini ramai org dah tau kepentingan meminum air bersih. Anak buah saya yg buat MLM jual penapis air ni sampai dpt Mercedes sebijik sbb laku menjualnya. Bagi yg tak mampu pastikan anak2 minum air yg telah dimasak.

Paling dibimbangi anak2 sekolah yg membeli air dri kantin sek apalagi di tepi2 jln. Beriya2 bawak bekal air bertapis dri rmh, bila habis.. air itu semua juga yg dibeli dan diminumnya..

Mama said...

Salam DM & Yati
Dulu kami pun tak kisah (Aiman tak kisah)...air ini mmg penting utk semua org... kalau dh sakit lg mahal belanja berubat dari harga sebuah penapis air.

Anonymous said...

Salam makcik,
Boleh saya dapatkan email makcik untuk berhubung? Saya kawan sekolah lama ayim masa di teluk intan. Terima kasih.

Mama said...

Salam Anon
Email makcik ezahiba@yahoo.co.uk

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, I was given the following contact by my niece. Bila you balik nanti, call and ask for more details on his herbal medicine for cancer. Katanya ramai yang dah cuba and sembuh. Kita berusaha dan Allah yang menentukan. Doctor Hasnol Tel 03-61574095- product name Foniara & Kolagenol - harga around RM800+

Mama said...

Salam Maz...insyaallah & T.kasih

Lili said...

Salam Kak Zah,

Terima kasih datang jenguk blog saya hari tu. I've just read part of your posting and my heart skipped a beat; my eyes filled. Tak terdaya nak sambung buat masa ini... I lost a nephew at the age of nineteen to Non-Hodgkin's Lymphoma.
Rasanya Ayim beruntung dapat menjalani rawatan sewajarnya dengan segera. Arwah my nephew was diagnosed at stage four. He succumbed to his cancer in a matter of months. It really is heart-wrenching till these days, especially when I read one about cancer among the raring youngsters.

My doas now are for Ayim...

Maaf ye kak Zah... I'm a bit emotional here.

Mama said...

Salam Lili
T.kasih mendoakan Ayim....Kak Zah faham perasaan Lili. Sama2 kita mendoakan utk arwah jugak

Imran@Copenhagen said...

nice post.. baru sedar betapa pentingnya minum air bersih..