text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Saturday 24 July 2010

Jom....'morning walk' sama-sama

Sekarang ini sudah musim panas... pukul 4.30 pagi matahari dah muncul dan pukul 9 malam masih terang. Bila tidak hujan, pukul 7 pagi aku akan keluar berjalan sorang-sorang (morning walk) untuk lebih kurang 1 jam. Memang menyegarkan, cuaca sejuk dan nyaman. Hanya yang di takutkan ialah bila ada anjing pun sama nak join 'morning walk'..... pernah jugak aku terjerit tiba-tiba dia berpusing mengadap aku!

Jom.... ikut sama.....sambil berjalan, kamera mesti di tangan...

Ini apartment tempat kami tinggal.... di tkt 2



Mustafa....Pakistani... pengawal yang menjaga reception, shif malam hingga pagi. Pernah bekerja di KL selama 2 tahun... peramah. Setiap pagi, bila dia membukakan gate untuk aku keluar, dia mesti menegur dan bersembang dalam BM

Di depan apartment ini, ada supermarket Lidl

Di belakang apartment pulak, ialah Salford Shopping City... di sini jugak aku suka mencuci mata

Taman permainan

Ini kawasan perumahan yang berdekatan



Bila ternampak bunga yang aku suka di laman rumah orang, aku ambik je gambar... tuan rumah belum bangun lagi










Kadang-kadang bila ada mood nak membaca, aku singgah di library sekejap, baca apa-apa yang terjumpa yang menarik perhatian.... dekat sahaja dengan rumah. Library dibuka pukul 8 pagi.

Pemandangan dari luar


Bahagian kanak-kanak

Ini bahagian untuk orang dewasa.... kadang-kadang aku berehat baca paper yg kat atas meja tu. Bukan nak baca sangat pun sebenarnya... saja nak singgah... suka dengan suasananya yang best


Kalau malas nak berjalan, di tkt atas sekali, tkt 23 di apartment kami tinggal, ada di sediakan gym... tetapi aku lebih suka 'morning walk'



Pemandangan kawasan sekeliling dari tkt 23


Ayim pulak, bila kesihatan mengizinkan, melayan anak saudara membuat jigsaw puzzle

Bila dah masuk gulungan warga emas ini, terpaksalah merajinkan diri untuk ber'exercise' walau di mana jugak  berada.... penyakit tiga beradik (darah tinggi, kencing manis dan kolestrol) tu pun telah mula merapatkan diri mereka dengan aku. 

Hmmmm.... demi masa.. semasa sihat sebelum sakit

12 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam..

gamabar2 yang menarik. Nampak bersih, kemas dan segar. Selamat ber'morning walk'. :)

Anonymous said...

Salam Mama (muah3)
Bila nampak anjing, jangan lupa baca summumbukmum .. *wink*

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
terima kaseh berkongsi 'pemandangan indah' dengan kami semua....
bunga-bunga tu memanglah cantik2..

Mama said...

Salam perkenalan kakcik...
T.kasih sudi singgah....



Salam Anon... mcm kenal je...
Kalau dh emergency.... satu benda pun tak ingat dah....


Salam DM....
Pemandangan indah dgn cuaca sejuk & nyaman... tu yg rajin morning walk tu walau pun sorang2

Anonymous said...

salam...mama
saya baru terjumpa blog ni...best ...teringat masa duduk kat Sheffield dulu...
mama saya doakan semoga mama sihat ,ayim sihat supaya dpt sambung semula master nya amin2...
you are the best mama....

FaAtip said...

seronok datang sini..sebab `rumah' kita sama. hehe

bunga yg cantik
tempatnya bersih
pemandangan yg indah
kemudahannya banyak

mmmm..bestnyer dapat round2, pusing2 kat situ. Udara mesti segar, kan?

Go Mama Go! Walking is gooood!!

Mama said...

Salam Anon..TQ... U make up my day... tapi jgn puji sangat... mana2 ibu pun kalau berada di tempat mama akan buat perkara yg sama... kalau boleh bertukar tempat, nyawa ibu menjadi galang gantinya.
T. kasih kat mama Anon kerana tolong mendoakan Ayim.

Salam Fa...
Kita serupa.....
mmg best... tp tulah sorang2.. takde teman...

Lili said...

Salam KZ,

Cantik dan menenangkan tempat ni...

Hari-hari I tell myself to do some brisk walk... alahai... tinggal cakap-cakap jer! Macamne ye nak motivate diri supaya tak procrastinate ni? Hihi!

Semoga KZ, Ayim dan keluarga dilimpah kesejahteraan. :-)

yerboy said...

mustafa tu afghanla wanma, bukan pakistan

Mama said...

Salam Lili

T.kasih mendoakan kami sekeluarga.

KZ dh kena warning dgn doktor kat Msia.. dia kata KZ overweight ...... mesti at least 3 kali seminggu jogging.. itu yg terpaksa merajinkan diri tu....


Yerboy.... ha ha.... wanma tanya dia dulu, wanma lupa pastu tanya papasyah....he he

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

salam k.zah,

Nikmatnya dpt menyedut udara pagi. Menyegarkan mata dgn pemandangan yg indah. Bunga2 cantik tu lebih indah dri floria putrajaya tempohari.

Kawasan sekitar nampak tenang, nyaman. Paling saya berkenan kawasan perumahan di sana tersusun dan bersih. Nampaknya satu terapi minda yg baik.

Andailah saya dpt temankan k.zah sbb saya pun suka
brisk walk bersama seorg kwn/jiran berdekatan. Maklum dah nak jadi veteran ni..sendi2 makin ketat, lemak pulak makin bertimbun..akibatnya darah jln pun slow jer sampai masuk angin satu badan. Memang elok amalkan jalan2 sambil bersantai ni.

Mudah2an dpt kita amalkan agar kita semua sihat sejahtera hendaknya. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yg semakin hampir.

Mama said...

Salam Yati...
Di Msia mmg KZ buat jugak morning walk ni bila berkesempatan di tepi Tasik Sban 2 ... tp di sini lg best sbb cuaca sejuk & nyaman... mmg doktor dah warning lama... overweight

Selamat menyambut Ramadhan utk Yati & keluarga jugak