text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Monday 12 July 2010

Online, International & Global

Pada 6hb Julai, kami berdua bertolak dari Manchester ke Leeds. Pukul 3.30 petang Ayim ada temu-janji dengan doktor pakar dan besok sesi kemoterapinya yang terakhir, iaitu yang ke enam.

Oleh kerana kami hanya ada wang tunai sebanyak £30 sahaja, sebelum pergi ke hospital, kami telah pergi ke bank dahulu yang terletak berdekatan dengan Universiti Leeds. Bank ini adalah sebuah bank yang ibu pejabatnya di London. Dan, ada pulak cawangan di Seremban. Jadi, aku telah membuka akaun bersama (Joint Account) dengan Ayim sebelum dia berangkat ke Leeds. Tujuannya supaya senang dia hendak mengeluarkan duit bila diperlukan.

Semasa hendak membuka akaun di Seremban, kami telah bertanya secara terperinci dengan pegawai berkenaan samada perlu ke tidak Ayim membuka akaun di cawangan mereka di Leeds. Mereka kata tidak perlu kerana bank mereka ini  "Online, International & Global". Apabila sudah membuka akaun di Seremban, dengan kad ATM sudah memadai untuk mengeluarkan duit di mana sahaja ATM yang ada logo "PLUS". Wow... canggihnya....Aku pun berasa sangat yakin dan senang hati.

Sekarang tiba masanya kami memerlukan wang. Kami pun pergi ke cawangan ini. Bila memasukkan nombor PIN, mesin itu terus 'tendang' dengan msg "Sorry... extra digits entered". Memang kami tahu, di Malaysia nombor PIN ada 6 digit, di UK 4 digit sahaja. Bila kami meminta pertolongan pegawai bank itu, dia kata dia tak boleh buat apa-apa sebab dia cawangan kecil, kami kena pergi ke ibu pejabat dia di tengah bandar Leeds..... Parkrow Road. Oleh kerana kami kesuntukan masa sebab temu-janji Ayim pukul 3.30, maka besoknya sahaja aku ke sana. Kebetulan kami terjumpa kawan Ayim, dia meminjamkan kami £50 dahulu.... kalau terjadi apa-apa masalah... katanya. (macam dia tau je)

Besoknya, pukul 9 pagi aku sudah sedia berada di bank ini (nasib baik aku sudah tau serba sedikit selok-belok di bandar Leeds ini). Suami ku pula menunggu di cawangan Seremban (Msia pukul 4.00 ptg.)  Apabila aku pergi ke kaunter, cashier tu dengan selamba berkata dia tak boleh berbuat apa-apa kerana aku tidak ada akaun di UK. "I cant do anything....there is nothing showing on my screen!"  Suami ku di Seremban meminta pertolongan bos di Seremban bercakap dengan bos di Leeds (telefon kami yang bayar... sabar je!) .... mereka pun tidak boleh buat apa-apa kerana aku dan Ayim telah mencuba lebih 3 kali, jadi kad ATM kami sudah di 'bar'!

Memang aku bengang dibuatnya. Yang aku tidak boleh terima mereka mengaku "Online, International & Global" tetapi masalah kecil ini pun dia orang tak boleh nak selesai. Aku dulu pernah jugak bekerja selama 16 tahun dengan syarikat "Online, International & Global", aku punya fahaman, bila online... tekan butang "enter", kami boleh mendapat maklumat semua cawangan kami di serata dunia. Itu 20 tahun dulu... jadi aku pelik apa maksud bank ini yang "Online, International & Global"???

Aku jugak heran, sebelum ini takkan tak ada pelanggan mereka yang mengalami masalah macam aku? Takkan aku pelanggan yang pertama. Atau pun, memang ada komplen, tapi di kira 'isolated case'.... tutup mata.  Dan, demi pelanggan, bos-bos di kedua-dua cawangan tidak pulak berusaha untuk menyelesaikan masalah aku ini. Semasa aku bekerja dulu, kami akan buat apa saja untuk memuaskan hati pelanggan ....."customer is always right".

Dan kami gunakan kad ATM itu di cawangan mereka dan di depan pegawai mereka... bukannya ada penipuan. Sekurang-kurangnya release kanlah bar di kad kami itu supaya kami boleh mencuba lagi di tempat lain ke.. apa-apalah... bagi idea ke macam mana kami boleh mengeluarkan duit kami.....ini tidak....senang hati je kata tak boleh.....NOKTAH!

Nasib baik aku pinjam duit kawan Ayim itu... kalau tidak memang kami tidak cukup wang tunai selama 3 hari berada di Leeds. Aku terfikir, kalau aku ada 1 juta (contoh je) dalam akaun di Malaysia pun tak guna, aku tak boleh buat apa-apa di sini untuk mengeluarkannya. Apa guna 1 juta?

Kesilapan besar aku ialah meletakkan kepercayaan yang teramat tinggi terhadap kewibawaan bank yang "online, international & global" ini. Sepatutnya, sebelum duit tinggal £30, aku sudah mencuba kad ATM itu. Bila aku sampai di Malaysia nanti, salah satu misi utama yang aku nak selesaikan ialah menutup akaun ini dengan serta merta! (Aku taulah dia orang tak heran pun aku tutup akaun... aku hanyalah melukut di tepi gantang)

Kebetulan petang itu hujan turun sekejap. Bila hujan berhenti, dari tingkap bilik, aku ternampak pelangi muncul di langit. Sudah lama aku tidak melihat pelangi. Pelangi itu telah berjaya menyejukkan hati ku yang sedang panas ini ....... lebih-lebih lagi bila teringat lagu Pelangi Petang dendangan Allahyarham Sudirman..... terus teringat Malaysia dan orang-orang yang aku sayangi dan aku rindui!!!



Alhamdulillah..... selesailah enam sesi kemoterapi Ayim. Seperti biasa, tiada masalah.... hanya pening dan rasa nak muntah dan hilang selera makan. Pada 14hb nanti, ujian CT Scan akan dibuat sekali lagi untuk memastikan yang tumor itu sudah seratus peratus lenyap.



Oleh kerana ini kali terakhir kami menginap di hotel ini, aku telah membeli sekeping kad dan sehelai scarf yang tak seberapa harganya kerana ketika ini aku tidak mampu nak membelikan sesuatu yang lebih berharga untuk Janet.




It's OK Janet... I will send you something better from Malaysia.... it is a promise!


Besoknya, sebelum pulang ke Manchester, seperti biasa, aku mesti nak mengambil gambar bunga di laman hospital ini. Bermula dengan daffodil, di ikuti tulip, dan sekarang ini giliran bunga mawar pulak berkembangan dengan saiz yang besar-besar dengan berbagai warna..... sungguh mempersonakan.  










Setelah membayar tambang teksi. sampai di rumah, aku hanya ada £20 di dalam dompet duit ku.....aku terasa 'pokai' sekali dan berhutang pulak £50!!!

DUGAAN.............

10 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak zah...
hangat betul bila dlm keadaan kita dah 'sesak' pihak bank boleh memilih tak mahu tolong. sewaktu mahu buka akaun, dijanjikan dgn pelbagai janji... mmg patut kak zah dedahkan cerita 'ketelusan' bank ini dlm akhbar muga org lain tidak menghadapi masalah yg sama... Citi bank ke standard chartered?... mmg tak patut janji lain, kenyataannya lain...
bila diuji sebegini rupa, boleh buat kita lebih tabah dan kuat kan...

Ibu n Abah said...

kak zah...
cantik gambar2 bunga... boleh jd wallpaper...

mummy said...

mama, ckp je nama bank dia tuh...tak yah nak berselindung.

kebanyakan bank memang sombong dan tak nak membantu walaupun kita dah membeli berbagai product dan subscribe segala macam services mereka.

tapi standard chartered tak pernah guna lagi...tak sure service level mereka mcm mana

Mama said...

Salam DM
Mmg 'menggelegak' betul... sampai hari ini masih geraaaaaam. Sebelum KZ dedahkan nama bank itu... KZ nak jumpa dia org dulu....

Bunga ros kat sini... semuanya besar2 mcm kat C.Highlands.. takde size kecik mcm kat rmh kita... mmg tergoda dibuatnya... bermcm2 warna


Mummy...
Nnt pergi jumpa dulu yg kat Sban tu.... ini melibatkan periuk nasik org.... kena fikir jugak.. tak sampai hati

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.zah,

Syukur K.Zah orgnya penyabar. Allah klu nak menduga mcm2 cara sbb klu kita sabar Dia nak bagi pahala bermacam2 rupa.

Sampai muncul pelangi nak ubat hati k.zah dan keindahan bunga2 berkembang mekar dgn warnanya yg cantik sempat juga mencuit perasaan k.zah mengambil gmbar2 mereka utk tatapan kami. Geramnya tengok bunga2 tu smua lebih cantik dri Cameron.

Teruskan bersabar k.zah..ayim dah nk selesai rawatannya dan tak lama akak n ayim boleh pulang ke Msia..insyallah dpt beraya di sini. Mudah2an segala yg baik2 akan menyebelahi akak dan ayim hendaknya.

FaAtip said...

sejuknya mata tengok gambar bunga2 tu..semoga Ayim juga akan `sesegar' bunga2 tu nanti, kan?

cerita pasal pokai, fa dulu masa bujang pun pernah pokai yang teramat pokai..masa tu bank mana2 pun tak nak pandang kecuali FAMA. (Father & Mother) heheee....

Mama said...

Salam Yati...
Memang tak sangka dpt tengok pelangi di langit Leeds.... terus teringat lagu favourite Pelangi Petang...

Insyaallah kami balik awal Ogos.. doakan ye...


Salam Fa
Masa bujang pokai boleh mintak FAMA..
ni Ma nya yg pokai... nak mengadap kat mana?? Tu rasa nak cekik bank officer tu....nasib baik dia di sebalik kaca kaunter tu

Kak Amy said...

salam ziarah..baca entry sambil follow2 me too..

:) shantik pic flowers tu

Mama said...

Terima kasih sudi ziarah... bunga ros kat sini mmg cantik... terpegun dibuatnya

Nora said...

Salam Aunty,

Firstly thanks sebab link kan blog saya yang merepek tu kat blog aunty.. hehe..

Hmm rasanya saya tau bank mana sebab masa saya mula2 sampai UK dulu pun, saya hadapi problem yang sama mcm aunty.. ATM card yang buat kat Msia tak boleh guna kat cawangan UK, masa bukak akaun kat M'sia dulu bank officer tu cakap boleh guna kad tu dimana-mana saja.. tapi bila nak guna kat UK cuma boleh check balance je, nak ambik tak boleh..

Saya pun hangin la.. cawangan bank tu kat UK pulak tak guna konsep kaunter mcm kat Msia tu, semuanya online.. World's Local Bank katanya.. hehe tau-tau la bank mana guna tagline mcmtu.. saya rasa kita hadapi problem dgn bank yang sama la aunty.. :)