text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday 3 August 2010

Leeds .... secebis episod kenangan

Satu episod perjalanan suka duka kami selama singgah di Leeds buat seketika .....

Semasa aku sampai di Leeds pada 7hb Februari, masih musim sejuk. Sesekali salji turun.  


Mengharap sinar menelan kabus


Di hadapan asrama Ayim... Leodis Residencies




 Ayim telah pengsan di rumah kawannya.  Dan, adik Iman inilah orang yang pertama menyelamatkan Ayim. Di masa itu, dia hanya berdua di tingkat atas.  Apabila dia tengok Ayim sudah terbaring tidak bergerak, dia telah menuruni tangga ke tingkat bawah untuk menarik perhatian papa dan mamanya. Adik Iman baru berumur 1 tahun lebih.....dia hanya mampu menangis........

 Adik Iman dan kakaknya, Dana

Siapa sangka anak kecil ini mampu menyelamatkan satu nyawa. Terima kasih Iman. Terima kasih juga kepada papa & mama Iman kerana 'memaksa' Ayim bermalam di rumah kalian pada malam itu. Kalaulah dia pengsan sorang-sorang di dalam biliknya..... bilik berkunci dan kawan serumah tidak menyedari ........subhanallah...... kita semua tahu apa kesudahan episod ini!! 

"You're the answer to my lonely prayer
you are an angel from above"

Papa & mama Iman telah memanggil ambulan dan memastikan Ayim mendapat rawatan kecemasan dan seterusnya dimasukkan ke Hospital St. James.


Hospital St. James (bangunan hijau) di ambil dari bilik asrama Ayim.


Setiap hari aku akan memandang ke arah bangunan ini sambil berdoa agar anak ku yang sedang terbaring lesu dan sedang bertarung nyawa sihat semula


Kawan-kawan Ayim yang datang melawatnya di hospital sebelum aku sampai. Dia terpaksa mengiring ke kanan kerana ada pendarahan dari tiub 



Dari musim sejuk hinggalah ke musim bunga....dan daffodil menunjulkan diri .....
Aku masih di sini....




Apabila sudah musim bunga, dari asrama Ayim, aku lebih suka berjalan kaki untuk ke bandar. Udara nyaman sekali.... menyegarkan minda. Di sepanjang perjalanan, aku akan melalui kedai MARWA ini, tempat aku membeli ayam halal.



Dan aku melintasi Universiti 


Dan restoren "Drydock" ini


Dan, bangunan Leeds Broadcasting House... bangunan lama dan baru. Mereka tidak merobohkan bangunan lama (yg di hadapan) sebaliknya dijaga dengan rapi


20 minit aku sudah sampai ke bandar.

Morrisons........ tempat aku membeli barang-barang makanan


Ini arked tempat aku berehat... di tengah bandar.... sebelum menaiki bas ke hospital





Mana boleh aku lupa di tepi air pancut tempat aku menenangkan fikiran


Impression artist




Chicken cottage dan Zam Zam restoren... 2 kedai makanan halal tempat selalu kami membeli makanan



Pasar ini bersebelahan station bas National Express.... tempat aku membeli buah-buahan segar


Dan sekarang sudah tiba musim panas....macam-macam jenis bunga menunjukkan wajah.

Sampailah masanya aku meninggalkan tempat ini.....










Musim panas bermakna musim bercuti


Tamat satu episod kenangan di Leeds.  Tiga musim aku di sini..... dari musim sejuk, bunga hinggalah ke musim panas.  Kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana Ayim dapat berubat di tempat yang terbaik dan mendapat layanan istimewa dan percuma..... walaupun ini menyebabkan pelajarannya tertangguh ke tahun hadapan (kalau kesihatannya mengizinkan).  Di sulami juga dengan kenangan-kenangan manis dapat bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sini, kami bagaikan satu keluarga besar... dan tidak lupa jugak peristiwa 'geram' dengan bank yang 'online, international dan global' yang tidak membenarkan aku mengeluarkan duit RM1,000,000, aku ,....



Kita merancang, Allah yang menentukan. Sudah pasti perancangan Allah lebih baik dan penuh hikmah yang buat masa ini masih menjadi rahsia......

Selamat tinggal Leeds....

12 comments:

FaAtip said...

Rasanya pasti kenangan di Leeds akan akak kenang sampai bila2, kan?

Anonymous said...

Salam
Why I feel so sebak my dear Mama?? May Allah bless you and family. May you n Karim have a safe journey to home sweet home, insyaallah.

'who else but me'

Kakcik Seroja said...

Betapa berharganya sebuah kehidupan biarpun melaluinya tidak semudah mengerdipkan mata. :)

Anonymous said...

mama...saya doakan semoga mama selamat tiba di tanah air..amin2

Lili said...

Salam KZ,

Saya dibawa ke Leeds through this beautiful narration of yours. :-)

And I love hydrangeas! Daffodils too! I'm seeing them through your eyes... Thanks for sharing.

Selamat pulang ke tanahair, ye. Salam buat Ayim.

Anonymous said...

salam mama n ayim. moga usia kalian diberkatiNya.
yes...indeed..jadual Allah yg terbaik. selamat pulang ke tanahair! take care

inna hayati said...

reading dis blog always bring out tears in my eyes...
home ayim will always stay healthy n may Allah bless both of you...amin...:D

*terima kasih membawa saya mengenali bumi leeds...

Mama said...

Salam Fa

Sudah tentu... walaupun hanya 6 bln di sini tetapi terasa terlalu lama


Salam Anon

Tq.... keep in touch


Salam kakcik

mmg tepat sekali ungkapan k.cik.TK


Salam Anon.... terima kasih


Salam Lili

TQ... appreciate U like it


Salam Anon... Terima kasih


Salam perkenalan Inna...

TQ for the doa....amin.

Ibu n Abah said...

Kak zah...
semuanya akan jadi kenangan dan selamat kembali ke tanahair tercinta dan 'ayang' nya....

Mama said...

T.kasih DM....kita jumpa di Msia

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ.

Pengalaman suka duka paling cantik untuk dibukukan atau difilemkan. Membaca N3 akak bagaikan saya sedang menonton sebuah movie. Menyentuh hati dan perasaan. Sesekali begitu mendebarkan dan kini biarlah ia berakhir dengan happy ending. Agar kita semua akan tersenyum lebar paling manis.

Allah swt telah menyiapkan skrip yang terbaik untuk kita. Samada kita suka atau tidak, tanpa kita sedar kita semua telah melakunkan begitu banyak babak sepanjang hidup kita. Lalu hasilnya adalah anugerah yang bakal kita terima di dunia sekarang ini atau di alam yang satu lagi iaitu akhirat yang kekal selama-lamanya.

Selamat kembali ke tanahair..mungkin kita akan bertemu suatu hari nanti, insyallah.

Mama said...

Salam Yati...

Nak dibukukan atau nak difilemkan? Terlalu tinggi penghargaan itu! KZ tak pernah termimpi dan tak terlintas langsung sampai ke situ.
Tujuan asal hanya utk terapi minda dan utk peringatan di kemudian hari.

T.kasih .... Yati selalu memberi semangat dan doa utk kami. Insyaallah kita jumpa suatu hari nnt..