text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Thursday, 16 December 2010

The Rising Son

Di bawah ini ialah gambar saorang budak lelaki berbaju merah sedang menaikki basikal. Tidak ada apa yang istimewa tentang gambar ini. Tetapi, kalaulah basikal itu boleh bersuara, ia akan menjerit kegembiraan kerana setelah 6 tahun 'tuan'nya tidak memperdulikannya, biarkan dia tersadai di tepi dinding rumah, tiba-tiba pada pagi 6hb Disember 2010, 'tuan'nya mengilapnya bersih dan menunggangnya keliling taman perumahan tempat dia tinggal.



Ha... ha... itulah Ayim. Hari ini dia sudah mampu mengayuh basikal semula!



Setelah 2 hari ber'exercise' dengan mengayuh basikal, pada 8hb, kami pergi ke S2 City Park pulak untuk menghirup udara bersih dan berjogging.






Pemandangan yang nyaman di S2 City Park.... hanya  5 minit dari rumah kami











Ayim..... berjogging dan bersenam






 Tiga kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat, bermula pukul 7 hingga 8 pagi, kami berdua mengikuti kumpulan Qi Gong/Tai Chi ini jugak



Gambar di bawah ini amat bermakna buat ku.  Gambar ini aku framekan pada tahun 2005 sebagai inspirasi selepas dia 'bangun semula' setelah terbaring selama satu tahun setengah, dan aku gantung di dalam biliknya




Hari ini, sepatutnynya dia berada di Leeds menghadiri majlis konvokesyen MScnya. Tetapi kami tidak terkilan, malah kami amat bersyukur kerana 'kebangkitannya' lebih bermakna dari segala-galanya.  Doa kami semoga dia akan terus 'bangkit' menjalani hidup selesa seperti orang lain.

16 comments:

kakcik said...

Syukur Alhamdulillah... Ayim telah boleh 'berlari riang' semula. Aminnnn....

aRoL said...

Alhamdullillah, happy for both of you...moga hari2 mendatang terus menceriakan ayim.

kakcik said...

KZ...

selain dari melalui blog ini, bagaimana caranya kakcik nak hubungi KZ, ya? :)

Jentayu said...

keep on rising, Ayim! =)

Mama said...

Salam Kakcik, aRoL & Jentayu

Terima kasih kerana terus sudi mendoakan Ayim. Alhamdulillah.. kami mmg amat amat bersyukur

Lili said...

KZ,

Semoga Ayim terus 'rising' and never give up!

KZ, posting ni buat saya 'cengeng'... Tak sempat nak buat pantun english dua kerat!

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, alhamdulillah, I boleh tersenyum tengok rambut Ayim. Betapa Allah sayang hamba2 yang taat pada NYA. Klu dekat, nak I join you buat Qi Gong.
minggu lepas, ustaz yang cakap pasal buah durian belanda kata, otak landak is another "ubat" yang sangat mujarab. I sendiri tak tau mana nak cari.

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah, alhamdulillah, I boleh tersenyum tengok rambut Ayim. Betapa Allah sayang hamba2 yang taat pada NYA. Klu dekat, nak I join you buat Qi Gong.
minggu lepas, ustaz yang cakap pasal buah durian belanda kata, otak landak is another "ubat" yang sangat mujarab. I sendiri tak tau mana nak cari.

jay said...

Salam,

Syukur, Alhamdullillah ayim dah beransur sehat, aunty jay doakan ayim cpt sembuh dan sehat seperti sdiakala juga tabah menempuh segala dugaan.

Mama said...

Salam Lily

U dont have to be 'cengeng'
Nanti U sendiri yg 'fening'

Haha...


Salam Maz

Haah... rambut dia cepat tumbuh semula dan lg 'cantik' dari sebelumnya!

Mmg seronok buat Qi Gong tu... tak ramai Melayu... 5 - 6 org je. Itu pun sekejap timbul sekejap hilang.

Buah durian belanda yg beli kat MAHA tu satu pun tak dpt makan... rosak semua.

Otak landak? Laa... kesian pulak nak kena bunuh landak tu. I prefer durian belanda... masih mencari


Salam Jay

Bagi pihak Ayim, terima kasih. Mmg rasa teramat bahgia bila tengok dia dah spt sediakala

TST said...

Salam,

Utk ubat kanser, kisar daun durian belanda, tapis dan minum..daun lebih baik dari buah, tapi org tak tau..kalau susah jumpa order online internet.. "graviola"

Mama said...

Salam perkenalan TST

T.kasih kerana sudi berkongsi. Insyaallah nnt saya akan cuba.

Mama said...
This comment has been removed by the author.
DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam KZ,

Agak lama saya tak menjenguk blog sendiri dan kawan2 sejak PC buat hal. Blogwalking ke blog akak lalu ternampak teruna kesayangan KZ semakin bertenaga serta ceria bersenam, berbasikal dan beriadah.

Syukur ke hadrat Allah.. pengorbanan KZ tidak disia2kan oleh Allah..kami mendoakan mudah2an Ayim terus bangkit memberi sejuta kebahagiaan buat KZ sekeluarga...

Ibu n Abah said...

kak zah...
saya tumpang seronok dengan 'kebangkitan' Ayim... Alhamdulillah.. semuga Ayim terus sihat....

Mama said...

Salam Yati & DM

T.kasih.... Alhamdulillah... setakat hari ini semuanya OK.... semoga berterusan begitu hendaknya.