text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday, 31 December 2010

Selamat Tinggal 2010


Selamat tinggal 2010.... selamat datang 2011.


Tirai 2010 ditutup dengan pemergian 'rakan seperjuangan' kami, Dr. Mas Afzal (empunya blog Not The Primrose Path). Walaupun kami tidak pernah berjumpa, tetapi anak muda ini amat dekat di hati kami sekeluarga kerana keluarga beliau dengan keluarga kami ibarat berada 'di dalam satu kapal'..... dilambung  ombak dan gelombang yang sama. 

Aku amat terasa dengan pemergiannya, kerana ada beberapa persamaannya dengan Ayim.  Kedua-duanya menghidap penyakit yang sama, umur hampir sebaya dan kedua-duanya gigih berjuang melawan penyakit masing-masing. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.... Amin.

 Selain Dr. Mas Afzal, sepanjang tahun 2010, kami juga kehilangan dua lagi orang yang kami sayangi, iaitu, ibu dan adik ipar ku. Adik ipar ku menghidap barah payudara, mempunyai semangat juang yang tinggi, tetapi akhirnya tewas juga.

Tetapi ada juga yang berjaya melepasi ujian ini. Dua minggu lepas, aku telah diperkenalkan dengan seorang ibu, Puan Sofia Yasmin, yang pernah disahkan oleh doktor menghidap Non-Hodgkin's Lymphoma tahap 4 pada tahun 2008. Alhamdulillah, hari ini dia hidup sihat dan telah disahkan bebas dari penyakit ini. Bertemu dengannya, seperti pembakar semangat kepada kami yang masih berjuang...... ada cahaya di hujung sana.... insyaallah.

Peristiwa-peristiwa ini mengingatkan aku kepada pesanan Imam Ghazali:


Yang dekat itu mati,
Yang jauh itu masa,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang indah itu solat.



Aku juga ingin terus mengingati diri ku dengan kata-kata ini:





Untuk meneruskan perjuangan pada tahun 2011 ini, 'keluarga sihat' adalah di antara agenda yang akan aku fokuskan. Selain terus berriadah di S2 City Park, aku juga ingin menjadikan Rumah kami Syurga kami Sekeluarga dengan tamannya yang mendamaikan pemikiran ........... mungkin seperti gambar ini





 (Gambar2 di atas kiriman dari seorang sahabat yg amat prihatin tentang kesihatan Ayim. Taman ini di sebuah rumah di Kanada.... TQ Maz)

Aku suka laman di penuhi bunga-bunga berwarna-warni seperti di atas ....... sungguh ceria tetapi itu konsep taman Inggeris. Taman Inggeris ini memerlukan perhatian lebih. Aku ni Melayu Minang...... kalau boleh aku hendak taman yang berkonsepkan ke Melayuan...... di penuhi dengan pokok-pokok yang tahan lasak dan tidak cerewet. Senang dijaga tetapi tetap cantik (ini idea aku je).  Aku tidak pernah menjalani sebarang kursus lanskap/berkebun, jadi terpaksalah melalui 'trial and error'.

 Tetapi kaum kerabat aku, tak suka taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga seperti gambar di atas sebab penuh laman. Kata mereka kalau nak kenduri, tak ada tempat nak pasang khemah.  Dalam setahun berapa kali nak kenduri pasang khemah?  Hmmm...... tetapi, tanpa aku sedari, aku terpengaruh jugak. Tetapi, bukanlah menyediakan ruang itu untuk pasang khemah bila kenduri, tetapi untuk cucu-cucu ku yang semakin bertambah bilangannya bermain. Akhirnya, aku pun menanam pokok di tepi pagar ........jadilah seperti di bawah ini:





Sebenarnya aku hendak bentuk seperti gambar di bawah, tetapi tak ada skil untuk membuat 'topiari' dan aku pulak sudah tertanam salah pokok!

Huh.... amat jauh berbeza ..... macam langit dengan bumi!!



Tahun 2011, genap 10 tahun Ayim menghidap penyakit ini. Kami sekeluarga sudah terlalu lama menunggu saat Ayim diistiharkan bebas dari penyakitnya seperti Puan Sofia Yasmin. Semoga doa kami dimakbulkan Tuhan tahun ini  ..... insyaallah.




 Dan jam yang 'bertanduk' ini akan terus berdetik sehingga saat itu tiba .....



Aku doakan juga semoga tahun 2011 lebih baik daripada tahun 2010 untuk semua pengunjung blog ini.  Terima kasih juga di atas sokongan dan doa kalian.

15 comments:

Hasnidar Binti Iskandar said...

keep sharing aunt, u and ayim had inspired lots of people.. we were waiting for the next updates about his health..
moga ALLAH permudahkan urusan..

kakcik said...

Selamat Tahun Baru KZ...

SEmoga segala impian KZ dan keluarga akan dimakbulkanNya. InsyaAllah. :)

Mama said...

Salam tahun baru Hasnidar

Yes... we will know the result of the petscan & ct scan around 3rd wk of Jan. I will definitely let U all know on the result.

TQ for the doa


Salam tahun baru jugak kepada kakcik sekeluarga

semoga tahun ini kita semua sentiasa didalam pemeliharaan Allah

Ibu n Abah said...

Kak zah...
kabarnya doa dari orang sakit mujarab...
saya doakan agar Ayim bebas dari kanser dan dapat meneruskan kehidupannya dan pembelajarannya seperti sediakala....
semuga hari-hari yang akan datang menjanjikan yang lebih baik dari yang dahulu...

OmarMaznah7 said...

Salam Paezah,

Selagi ada cita2, harap dan doa itulah tanda Allah masih kasih dan sayang. Teruskan doa pada Maha Pencipta, terutama Ayim sendiri kerana Allah amat suka pada hamba2 yang minta2 dengan iman dan takwa. I'm sad dengan pemergian Mas Afzal tapi tengok Allah, Ya Alim, the last post was on his mom orang yang paling dekat dengan dia-tanda2 anak yang soleh. My doa(s) for Ayim has not stopped, so is my immediate neighbour (diagnosed with breast cancer last week), my cousin (suffering terribly with breast cancer as you need my note). Sunggoh mati itu terlalu dekat, antara pejam dan celik mata. Putus asa is not in our vocab as true muslim. Waullahua'lam.

Mama said...

Salam DM

T.kasih ye... moga2 diperkenankan Allah doa kita


Salam Maz

T.kasih Maz.... yes... putus asa is not in our vocab. Semoga Allah memakbulkan doa kita

Watie Aziz said...

salam kak,

dr tgh pagi sampai subuh, saya bumped into blog akak ..lepas singgah blog arwah masafzal. terharu dgn perngorbanan akak selaku ibu. from one entry to one entry saya ziarah .. hensem anak akak ..:) botak pun hensem, tak botak pun hensem. Happy dgr dia dah balik dan dah berbasikal, walaupun tak pernah kenal orangnya.

dulu saya study kat UTM juga, do Johor..Ayim kira junior lah kot../ tapi saya course komputer ..

now dah 31 years pun tahun nih .. semoga Ayim tabah dan cepat2 baik, disahkan bebas kanser. membaca cerita2 pesakit kanser buatkan saya jadi terharu dan bangga dengan ketabahan pesakit & keluarga, semoga Allah merahmati keluarga akak yer ..:)

sudi-sudi jengah blog Watie & anak-anak - www.geniusqarissa.blogspot.com :)

Mama said...

Salam perkenalan Watie

T.kasih sudi baca cerita kami dan sudi mendoakan keluarga kami.

Insyaallah... nnt akak akan ziarah pulak blog Watie

cahaya said...

salam perkenalan...sangat terharu baca kisah2 ayim...tak leh nk bayang mcmn perasaan auntie skeluarga sdgkn yg baca kt blog ni pun dh boleh mnitis air mata....hope auntie sklurga terus tabah. allah takkan uji hambanya kalau hambanya tak mampu nak hadapinya....teruskan berjuang..saya doakan dari jauh....
saje2 buka blog smentara nk tunggu kuliah...terjumpa blog dr mas afzal...dari situ jumpa plak blog nie...harap terus update blog nie

Mama said...

Salam perkenalan Cahaya

T.kasih sudi singgah & sokongan. Juga mendoakan kesihatan Ayim.

Semoga Cahaya juga beroleh kejayaan

lovely asiah said...

Salam auntie,
membelek2 blog auntie mmbuatkan hati ini terketuk..Mungkin ini tazkirah buat kita yg masih di berikan nikmat kesihatan nak di bandingkan anak auntie Ayim , Kasih saya melihat ketabahan auntie dan Ayim mengharungi ujian Allah ini, Kalian insan terpilih utk kita makin dekat pd Nya..Doakan saya juga ye auntie..Syafakalllah buat Ayim...=)

lovely asiah said...

Lupa nk tanya auntie, kalau ade penderma bawah pinggang yg sesuai, adakah boleh reduce @ cure penyakit Ayim?

Mama said...

Salam perkenalan lovely asiah

T.kasih sudi baca blog ini.
Sebenarnya buah pinggang Ayim yg sebelah kanan sudah pulih sepenuhnya. Yg kiri mengecut tp tidak ada masalah sbb yg kanan berfungsi secara normal. Jadi tidak perlu ganti buah pinggang.

Sekarang ini yg perlu dijaga ialah supaya sel2 kanser itu jgn aktif semula.

lovely asiah said...

Salam perkenalan jugak buat Mama Ayim...
Moga Ayim daklam pemeliharaan Allah..

Anonymous said...

Semoga Ayim bebas dr cancer...sy sgt terharu dgn pengorbanan aunty...