text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Sunday 20 February 2011

Cuti cuti Malaysia - Cherating

Sabda Nabi Muhamad s.a.w., ada 5 perkara yang kita boleh mendapat pahala dengan 'percuma'  ...... tidak payah buat apa pun ........  hanya dengan 'melihat' sahaja...... seperti mendapat bonus.  Salah satu ialah dengan melihat laut. Dan yang lagi empat ialah:


*   melihat Kaabah
*   melihat air zam zam
*   melihat Al Quran
*   melihat wajah kedua ibu bapa dgn rasa kasih sayang


Senangkan? Bertuah bagi mereka yang tinggal di Mekah, dan yang berdekatan dengan laut atau di pulau.

Sambil menyelam minum air.... itulah yang kami lakukan minggu lepas. Kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Cherating..... berehat di tepi laut sekali gus  mendapat pahala percuma.



Nombor bilik kami..... macam ada 'Ong' je



Perhiasan bilik daripada kayu dan papan. Lantai pun papan, tak ada karpet ....
ala-ala kampung ... serasi dengan jiwa kami 


Pemandangan dari balkoni bilik .... tidak jauh dari laut



Salah satu aktiviti wajib di waktu pagi ..... menunggu matahari terbit


Lepas tu.... mandi laut


 Ombak laut China Selatan yang 'ganas'. Tak berani nak pergi jauh. Mengikut petua orang tua-tua dan alim ulama, mandi laut bagus untuk menguatkan badan


Ayim sempat jugak berjogging


Cucu-cucu..... bermain pasir





Sampan LAYAR IMPIAN 'tersadai' di tepi pantai




Dah penat mandi laut.... terjun kolam pulak



Di sediakan rumah permainan untuk kanak-kanak



Ayim..... ambil gambar dulu sebelum sarapan


Sebahagian daripada makanan yang disajikan


Kolam yang bersebelahan dgn 'kedai kopi' dan lobi


Lobi





 Sempat jugak pergi ke Kemaman menikmati kopi Hai Peng yang popular itu





 Tak cukup masa untuk melihat penyu mendarat




Aktiviti terakhir sebelum pulang, semestinya singgah membeli keropok sebagai buah tangan



Terasa terlalu pantas masa berlalu......  3 hari 2 malam rasa tak cukuplah..... Setiap kali kami ke Cherating, kami pasti menginap di hotel ini.

Jumpa lagi...

9 comments:

FaAtip said...

Uwaaaaaa.......all those places mmmm..alahaiiii...dari Hai Peng ke rumah Fa 15 minit je kalau berjalan laju2.....nxt time hello2 ye!

Mama said...

Uwaaaaa..... ruginya tak jumpa. OK.. next time semestinya....

Lili said...

Salam KZ,

Gambar2 ceria yg menceriakan hati saya yang 'mereng' tak tentu pasal ni! Ohh, dah ada kamera baru ek? ;) hehe!

Mama said...

Lili.... baguih kalau gambar2 ini boleh menceriakan. Dah beli kamera baru tapi yg murah je... takut hilang lagi...masa kamera takde tu KZ pun 'mereng' & 'meroyan' kejap

Anonymous said...

salam,

salam perkenalan auntie.. ting tong kepala saya sbb tdor lewat khatamkan blog auntie yg menginsafkan saya .. semoga ayim terus tabah.. amiin.

-knoreza-

Mama said...

Salam perkenalan knoreza

T.kasih sudi singgah... kepala ting tong dh makan panadol? he he... tu le...kenapa mesti nak khatam satu mlm.... blog ni tak lari... esokkan masih ada...

Anonymous said...

mula2 layan dr mas afzal punya blog..pastu berjurai2 air mata..pastu sambung ke blog auntie pulak..semoga ada sinar bahagia buat auntie sekeluarga.. go go chaiyok!

-knoreza-

Ibu n Abah said...

kak zah...
terima kaseh bg info dan gambar yg menarik hotel impiana cherating ni...
lainkali bolehlah cuba...
seronok kan walaupun penat berjalan bersama keluarga...

Mama said...

Salam DM

Mmg kami sekeluarga suka menginap di hotel ni setiap kali kami ke Cherating.

Penat tapi seronok dpt jadi lady of leasure sekejap... he he