text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday 16 April 2010

Perikemanusiaan yang tiada sempadan

Rezeki Allah sangat luas..dan berada di mana-mana. Begitu jugak dengan penyakit... boleh datang dan pergi bila-bila masa. Semuanya ketentuan Allah....kenapa kita yang dipilih... itu jugak hanya DIA yang tahu...

Beberapa hari yang lalu, Ayim telah menerima sepucuk surat daripada Mcmillan Cancer Support Centre, UK. Bila dibuka... di dalamnya didapati sekeping cek bernilai £280. Wow.... tak sangka tiba-tiba rezeki datang menggolek. Mungkin kerana Ayim seorang student, tidak ada pendapatan maka dia orang memberi sumbangan ini untuk meringankan beban kewangan kami walaupun kami bukan warga negara mereka. Tiada pilih kasih. Ini hanyalah jangkaan aku saja. Alhamdulillah.

Pada 13hb April, pukul 10 pagi, aku dan Ayim telah bertolak dari Manchester dengan menaiki bas menuju ke Leeds. Sampai di Leeds, kami menaiki teksi ke Universiti kerana Ayim ada urusan yang perlu diselesaikan dengan pihak Universiti. Kemudian, barulah kami pergi ke Hospital St. James, kerana pukul 3 petang, Ayim ada appointment untuk mengambil darah dan besoknya 14hb, adalah sesi kedua kemoterapinya.




Sekarang ini musim bunga. Sudah tentu, bila berkesempatan aku tidak melepaskan peluang mengambil gambar- gambar bunga yang sedang mengembang cantik..... terapi untuk ku jua!!!






Di Hospital St. James ini, di tingkat atas sekali, iaitu tingkat 8, ada disediakan hotel untuk kemudahan pesakit-pesakit yang memerlukan penginapan. Kami telah menempah 1 bilik untuk 2 malam. Kami dimaklumkan harganya ialah £25 untuk satu malam. Bila kami check-in, kami diberitahu yang kami tidak dikenakan bayaran apa-apa, semuanya percuma!!! Alhamdulillah di atas rezeki ini. Yang lebih menakjubkan, penyambut tetamu itu berasa hairan kerana kami hanya menempah bilik untuk single bed tidak twin bed, sedangkan kami datang berdua.





Yang sebenarnya, kami pun tak tahu yang mereka ada menyediakan twin bed! Dia cukup risau macam mana aku nak tidur sedangkan katil hanya satu. Dengan berjenaka sambil pura pura marah dgn Ayim dia berkata "How can you let your mum sleep on the floor for 2 nights?" Dia terus menawarkan satu bilik lagi untuk aku (percuma jugak!), tetapi jauh daripada bilik Ayim, yang berdekatan semuanya sudah penuh. Aku tolak sebab jika Ayim memerlukan aku di waktu malam susah pulak. Dia masih tidak berpuashati, lantas di angkatnya sebiji tilam dan diletakkannya bersebelahan katil Ayim!! Hmmm... takkan ku lupa, insan yang baik hati ini, Janet namanya.




Di dalam hati aku tak lupa mengucapkan syukur dengan bantuan yang dihulurkan kapada kami. Dan aku tidak boleh lalai.....semua ini datangnya daripada Allah. Memang pada zahirnya, Mat
Saleh-Mat Saleh ini yang prihatin menghulurkan bantuan kapada kami. Tetapi sebenarnya, mereka hanyalah sebagai 'orang perantaraan'. Semuanya adalah peraturan Allah. Allah yang menggerakkan hati mereka supaya memberikan bantuan. Kalau Allah tidak gerakkan, semuanya tidak akan terjadi.

14hb April, pukul 10 pagi, sesi kedua kemoterapi Ayim bermula dengan suntikan Rituximab - ubat yang paling kuat berbanding 4 jenis ubat yang lain. Pada sesi pertama dulu ubat ini tidak diberi kerana keadaan buah pinggang Ayim yang masih tidak stabil. Semalam Doktor Pakar telah memberi penerangan, iaitu di antara tindak balas ubat ini ialah demam, badan menggigil atau menggeletar, pening, loya rasa nak muntah atau pun memang akan muntah. Jururawat pun ada memberitahu Ayim, sekiranya tangan aku terkena air kencing Ayim, aku pun boleh mendapat tindak balas yang serupa. Ini kerana Ayim masih menggunakan beg plastik kencing yang diikat di kakinya yang terpaksa dibawanya kemana jua dia pergi. Ini sehinggalah buah pinggangnya boleh berfungsi semula seperti biasa dan 'stent' yang dimasukkan dulu dikeluarkan.




Pukul 6 petang barulah selesai. Alhamdulilah, Ayim hanya berasa pening, letih dan hilang selera makan.

Ayim, tersenyum lega selepas selesai kemo... tidak menggigil atau menggeletar.

Setakat hari ini, iaitu hari ketiga, Ayim tidak mengalami apa2 komplikasi yang membimbangkan. Dia hanya rasa letih, pening dan tidak ada selera makan. Semoga dia akan terus boleh bertahan....

5 comments:

Anonymous said...

Assalamuaalaikum mama Ayim,

Sungguh tersentuh hati saya membaca blog ini kerana saya juga sedang menjaga anak yang menghidap kanser - Hodgkins Lymphoma. Anak saya, Afzal, pelajar Perubatan di Sheffield Uni, di diagnose pada Disember 2008, menjalani 12 dose chemo, kemudian high dose chemo bila kansernya relapse dan akhirnya stem cell transplant pada akhir 2009. Alhamdullillah, despite undergoing chemo, dia graduate juga as a doctor pada Julai 2009.
Malang sekali kanser tu amat aggresive dan doctor di Sheffield merasakan tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Kami sekeluarga bersetuju bawa dia pulang ke Malaysia. Dia balik sendirian, dan tiba pada 1 Februari 2010. Waktu tu, hati saya hancur luluh melihat anak yang saya hantar ke UK 6 tahun lepas segar bugar, full of life, pulang kurus melengkung, with a forced smile on his lips.
Tapi, alhamdullillah, sekarang dia banyak improvement. Saya jaga makan minumnya, saya jaga emosinya ( I fill it with lots of family love), saya cuba berikan dia kehidupan senormal mungkin - pergi shopping, melawat saudara mara etc.
We agree to abstain from chemo n concentrate on alternative/traditional medicine for the time being n I think its the best decision to rid him of the toxins in his body from previous chemos.
Mama Ayim, saya tak pandai sangat, tapi I feel u should really make sure Ayim take in only food that will feed him not the cancer cells...and I agree, sebagai emak, kita perlu cari cara sendiri untuk buat diri kuat...di samping itu, enjoy kehadiran anak kita to the fullest, savour every moment and every experience with him, while not forgetting ur other children...
Saya doakan mama Ayim sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah ini. The way I look at it, Allah bagi saya peluang kedua to look after him, just like when he was a baby, dan saya amat bersyukur. Saya juga doakan Ayim kuat iman dan semangat and u will pull through this, insyaAllah.....Mama Afzal.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam buat ayim dan ibunya,
Kpd ayim makcik doakan semoga kembali sihat hendaknya. Jgn sesekali putus asa. Insan yg diuji Allah tandanya Allah sayangkan kita. Tidak sesekali Allah itu berlaku tidak adil, padahal ayim adalah insan terpilih.

Buat kakak(apa namanya ye)perlulah lebih kuat dari ayim sebab kakak harus selalu menemaninya memberi segenap bantuan yg boleh mental dan fizikal.

Saya yg punya 2 org kakak penghidap kanser rektum tahap 3 dan 4, faham jugalah serba sedikit erti perjuangan si pesakit dan org tersayang menghadapi dugaan ini.

Namun kita sebagai seorg ibu.. hati kita hanya Allah yg tau. Kasih dan sayangkan anak tidak terucap oleh kata-kata. Terus tabah dan berdoa ya kak, hanya dia yg dapat menyembuhkan setelah kita berusaha dan menyerah diri padaNya.

Mama said...

Salam perkenalan mama Afzal..
Gembira sekali saya menerima msg dari Puan. Saya mmg mengikuti blog Afzal semenjak saya dtg ke UK 6/2/10.
Perjalanan kita hampir sama....Afzal Hodgkin's lymphoma anak saya non hodgkin's. Kami mencuba perubatan tradisional dulu skrg baru beralih ke chemo dan Afzal sebaliknya. Kedua2nya ada pro & con. Tapi yg penting kita berusaha.. selebihnya Allah yang tentukan.

Terima kasih di atas nasihat2 Puan.Kita sebagai ibu kena lebih tabah... semoga kita sama2 berjaya menghadapi dugaan ini.


Salam perkenalan juga kepada
Damai Impian D'Bangi

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Ayim tak tau blog ini ujud... jd dia tak baca msg Puan. Bagi pihak Ayim, saya ucapkan TQ.

Kita hanya mampu berusaha dan berdoa...saya juga doakan semoga kedua2 kakak puan sembuh semula.

Anonymous said...

Salam,

Saya cukup kesian dengan orang-orang yang kena cancer.. terutamanya bila discuss tentang case-case terminal dalam Multi-Disciplinary team di Hospital termasuk oncologist dan lain-lain.
Kepada mama ayim, boleh tak contact saya di zayydd@yahoo.com

Zaid
5th year medical student- insyallah graduating soon,
University of Manchester.

dEa@wanie said...

as'salam mama

semoga mama ayim,mama afzan kuat hdpi dgaan ini
salam perkenalan dri saya..
saya ingin berkenalan dgn tuan empunya hti yg kuat dan tabah ini...
saya nak mintak nama FB ayim?????