text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday 28 April 2010

Sajian Tender Loving Care (2)

Sekarang ini, kalau pergi ke Supermarket untuk membeli barang makanan, mesti mengambil masa yang lama sedikit kerana nak membaca kandungan di label. Semenjak membaca buku mengenai diet anti-cancer ni, aku lebih berhati-hati tentang diet Ayim kerana aku tak mau memasak untuk memberi sel-sel kanser tu 'enjoy' menikmati masakan aku.!!!

Aku ingin berkongsi sedikit sebagai sambungan mengenai makanan anti-kanser yang baru aku jumpai. Sebenarnya makanan-makanan ini memang sudah lama berada di pasaran. Cuma aku saja tiada inisiatif untuk ambil tau sebab sudah 'selesa' dengan makanan yang sudah biasa. Lagipun dulu aku tidak cuba mengumpulkan maklumat sebegini. Yang lebih menggembirakan, makanan-makanan yang dicadangkan juga sesuai untuk mengelak penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Juga sesuai untuk orang yang mahu turunkan berat badan.

Sejenis marjerin brand "Bertolli" yang mengandungi Olive Oil


Tepung 'wholemeal self-raising flour' dan 'organic wholemeal spaghetti'


Selain pemakanan, penulis ini juga menyarankan supaya melakukan senaman seperti tai chi dan qi gong untuk penafasan. Dia juga mengesyorkan melakukan meditasi untuk 'kedamaian dalaman'. Selain dia mencadangkan yoga, aku 'terkedu' sekejap sebab dia juga menyarankan "berzikir" sebagai salah satu cara untuk orang Islam!!!

Setakat hari ini, alhamdulillah.... Ayim tidak ada mengalami apa-apa 'alahan' akibat kemoterapinya. Dan di sini, seminggu dua kali ada jururawat datang ke rumah untuk menukar plaster lukanya dan memastikan tidak ada apa-apa masalah.



Insyaallah... pada 5hb Mei adalah sesi kemoterapinya yang ketiga.

3 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Nampaknya sajian tender loving care akak telah sedikit sebanyak mempengaruhi suami saya.


Semasa kami berbelanja keperluan rumah semalam, dia agak berhati-hati dgn membaca label makanan.
Olive oil,garlic spread with olive oil,herbs and spices,roti wholegrain fibremeal, cendawan segar,ulam-ulaman dan beberapa lagi.

At least adalah kesedaran dan keinsafan..he..

Kita berusaha, Allah tentukan. Andai dlm berjaga-jaga mkn minum dan tak lupa bersenam namun ditimpa juga penyakit merbahaya.. apalah daya kita, ternyata Allah memilih kita. Beranikah kita mengatakan Allah kejam dan tidak adil. Hanya mereka yg sakit tahu apa erti sihat.

Doa kami semoga Ayim terus tabah menjalani sessi kemoterapinya 5 Mei nanti. Teruskan bersabar dan berusaha, pasti ada sinar paling indah menanti kalian, insyalah.

gorgeous daughter said...

Aunty Bangi,

Thanx sebab doakan adik saya. Tuhan je yg balas jasa aunty.

Ma,

Bertolli Olive spread nih tak jumpa tapi ada jumpa bertolli olive oil.

Olive oil mahal gila. 1 litter rm36/38. Nampaknya olive oil akan digunakan kalau nak goreng sayur, telur. tapi kalau nak goreng ayam guna sunflower oil le.

Mama said...

Salam Yati...
Gembiranya KZ bila baca komen Yati ni... iye lah...kita berusaha setakat yg terdaya. Kalau suami Yati minat nak baca buku tu ada di MPH Midval.

Mummy... skrg ni kesihatan mesti di dahulukan. Mahal pun terpaksa jugaklah. Kalau olive oil mahal, kurangkan menggoreng. Kami kat sini ayam & ikan dah tak goreng dah...bakar dlm oven je