text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday, 21 April 2010

Sajian Tender Loving Care

Alhamdulillah..... setakat hari ini setelah 8 hari kemoterapi keduanya, Ayim tidak mengalami apa-apa masalah. Yang menggembirakan kami, dia sudah mula berselera semula. Diet yang betul itu penting untuk semua orang bukan hanya bagi pesakit kanser. Dan bagi orang yang sakit, menjaga pemakanan itu samalah pentingnya dengan ketekunan memakan ubat. Diet yang berkesan adalah salah satu cara untuk melawan sel-sel kanser itu daripada berleluasa. Lagi satu cara yang disyorkan ialah dengan melakukan senaman. Insyaallah... dengan izinNya jua.

Ada beberapa rakan rapat saya dan saudara mara yang ingin tahu apa diet Ayim yang saya beri sekarang.


Kebetulan hari ini, untuk sarapan pagi....green tea , wajib setiap hari, roti multigrain, fruit juice (carrot, celery, blueberry, grapefruit dan sedikit madu). 2 keping oat-hazelnut cookies yang resipinya sudah di 'modify' dan dibuat sendiri (menggunakan bahan2 antikanser).

Makan tengah hari...nasi dari beras basmati, goreng sayur campur (brokoli, carrot, celery, mushroom, capsicum) yang digoreng dengan minyak Olive (zaitun) dan ditambah dengan white pepper/black pepper. Kari ayam yang semestinya dimasak dengan bawang, bawang putih, halia, kunyit dan rempah-rempah kari. Dan sebiji epal.


Untuk minum petang, semestinya kuih favorite Ayim, iaitu jemput-jemput pisang yang kami sudah 'modify'.... kami gunakan brown flour, unrefined brown sugar ditambah dengan bread crumbs daripada roti wholemeal, dan digoreng dengan menggunakan Olive oil...... hmmmm yummy yummy.....(jangan pandang pada rupa jemput2 tu... rasa mau).

Makan malam? hmmm ... belum fikir lagi..... mungkin sama dengan menu tengahari dan mungkin ditambah dengan telur goreng dadar (telur organik yang kaya omega 3) dicampur dengan capcicum dan pepper.

Dengan berpandukan dua buah buku seperti di bawah dan beberapa artikel lain, kami telah menukar diet kami sekeluarga setakat yang termampu. Sebenarnya kami tidak merasakan sukar untuk berubah kerana kebetulan semua makanan yang disyorkan adalah makanan kebiasaan kita hari-hari, hanya kerana kita ada banyak pilihan jadi kadang-kadang kita tersalah pilih.


Saya tidak pandai hendak menerangkan kenapa yang ini bagus untuk kanser yang itu tidak. Tetapi apa yang disyorkan oleh penulis ini tidak banyak beza dengan permakanan kita. Jadi senang je untuk kami ikut dan semuanya menjurus untuk membantutkan sel-sel kanser dari terus membiak dan berkembang.

Di antara jenis makanan yang kami tukar ialah......

Daripada beras putih kami tukar ke beras basmati (kurang kanji, indeks glisemik rendah) dan daripada minyak masak lain kepada Extra Virgin Olive Oil (kaya Omega 3 yang melawan kanser).



Daripada gula putih (refined cane sugar) kami menukar ke gula perang (unrefined cane sugar-indeks glisemik rendah dan lebih anti oksidan). Manisan terbaik sebenarnya yang asli seperti madu atau gula nira yang tidak diproses supaya kandungan serat dan antioksidan lebih tinggi. Tetapi apa-apa pun bagi pesakit kanser penggunaan gula mesti dikurangkan kerana sel kanser menggunakan gula sebagai punca tenaganya.


Sejenis lagi gula perang iaitu 'muscovado sugar'.


Daripada tepung putih kepada "brown flour". Buat cucur atau cekodok semua menggunakan 'brown flour' ini. Tiada beza pun rasanya, tapi khasiat lebih!


Daripada roti putih ke roti multigrain (atau boleh juga roti wholemeal). Roti multigrain ini lebih baik kerana ia bukan sahaja ada gandum, tetapi juga biji bunga matahari, sesame seed, linseed, poppy seed dan millet seed. Biji-bijian ini kaya Omega 3 dan vitamin B17.


Nampaknya semua yang 'putih' (roti putih, gula putih, tepung putih) adalah kesukaan sel-sel kanser....salah satu sebabnya ialah yang putih tinggi karbohidrat ringkas kerana terlalu banyak diproses. Bila kita makan ia akan cepat bertukar menjadi gula di mana gula adalah salah satu makanan yang mesti dielakkan oleh pesakit kanser.

Bawang putih, halia, kunyit, lada putih, lada hitam dan rempah-rempah yang lain semuanya adalah di dalam list yang teratas untuk melawan kanser. Dan di campur didalam masakan sayuran seperti cendawan, brokoli, carrot, celeri adalah hidangan 'wajib' setiap hari. Sayur-sayuran sebaik-baiknya adalah yang organik. Di sebabkan penulis ini Mat Saleh, jadi semua sayur-sayuran yang disyorkan adalah makanan harian mereka. Sayur-sayuran dan ulam-ulaman kita juga tak kalah zatnya jika dibandingkan seperti peria, ulam pegaga, petai, jering dan banyak lagi.





Ayim meminum Green Tea tanpa gula setiap hari kerana ia mampu melawan kanser secara langsung (itu sebab orang jepun kurang kes-kes kanser).


Makanan yang mengandungi 'omega 3' adalah digalakkan.


Dark chocolates yang melebihi 70% juga disyorkan dimakan setiap hari. Bukan kuantiti yang banyak. Jenama Kitkat pun ada yang menggunakan dark chocolate (65%), jadi tak adalah Ayim kempunan sangat, sebab dia memang suka makan coklat! Cuma coklat ni banyak gula, kalau sanggup makan yang pahit lebih baik.


Buah-buahan semestinya termasuk semua jenis berries....strawberries, raspberries, blackberries, blueberries. Dan buah-buahan citrus seperti oren, limau. Kalau di sini ada grapefruit atau pomelo, iaitu keluarga limau bali.


Sekali-sekala gabungkan kedua-duanya menjadi hidangan yang menyelerakan- strawberry in chocolate! (Dark chocolate yang dipanaskan dengan olive oil kemudian dicelup strawberry).


Dan, makanan segera dan makanan yang mengandungi MSG memang 'diharamkan' sama sekali. Bukan itu sahaja, bagi semua makanan yang diproses perlu diperiksa supaya tiada 'hydrogenated fats' yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Lihat marjerin di bawah, kurang lemak tepu dan tiada 'hydrogenated fats'.


Air yang bersih juga penting. Di rumah kami di Malaysia, kami memang sudah lama memasang penapis air. Air yang mengandungi klorin yang tinggi kalau diminum setiap hari memang akan memudaratkan sesiapa saja. Ikan dalam akuarium pun kita letak anti klorin supaya dia tidak mati!!

Kalau kita berjaya mengikut diet yang disyorkan memang berasa amat puas hati dan berbaloi. Rasa macam betul-betul "I PUNCHED CANCER IN THE FACE!!!!"


Saya tidak bermaksud untuk mengiklankan produk-produk yang saya gunakan...saya malas nak buka pakejnya. Harap maklum.

14 comments:

Anonymous said...

salam puan,
apa contact no puan di UK?
zaid

mummy said...

MA,

entry nih best jugak.

tak suka dark chocolate. tapi akan berbaik dgnnya.

next minyak kitorang akan beli olive oil.

beras dah beli basmathi.

roti dah beli wholemeal.

tuh anggur ke? berries nih tak banyak kat msia.

ulam n sayur memang suka.

okay, sekarang nak exercise and try kurangkan gula n fast food.

ice cream ok ke??

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam kak,
Tumpang gembira dpt tau ayim semakin berselera, alhamdulillah. Seberapa boleh akan cuba menukar menu spt yg akak syorkan. Banyak makanan dan bahan memasak yg berkhasiat tp kita ni main ikut sedap tekak. Asal sedap tak kisah perasa ape yg diletak sbb yg manis, berlemak itulah yg best. Padahal bukan tak tau pasal makanan berkhasiat ni, semua boleh dirujuk dgn hujung jari aje. Bersenam pun ikut mood, time bersemangat beriya-iya..bila penyakit malas dtg mulalah mkn tidur kerjanya. N3 akak ni peniup semangat, tp kat Msia skrg hujan tak menentu, asal ptg hujan..

Mama said...

Zaid... saya dah email pagi tadi


Mummy.... ice cream? mama OK je tp cuba tanya Dr Wati.. apa kata dia. Green tea tu mustahak diminum tiap hari


Yati.... biasalah kita ni kalau tak sakit tak kisah nak ambil tau sbb semua sedap. Tp kat Msia masalahnya makanan yg berkhasiat ni mahal sperti sayur organik, beras basmati dan olive oil. Lepas ni terpaksa jugaklah demi kesihatan

Anonymous said...

Saya dah check tak de lah..

Zaid

drwati said...

mummy,
kalau nak ikut betul2 aiskrim tak boleh, sebab dairy + manis + processed, especially kalu guna high fructose corn syrup (ni biasa nih dalam processed food)

aiskrim malaysia or ice lollies yang buat sendiri pakai fruit juice (not cordial) bolehla

mummy again said...

another thing,

mama pun minum green tea hari-hari ke?

saya dah pernah try green tea nih, tak suka.

tapi sebab saya next in line, saya akan cuba.

sekarang nih kalau masak saya memang lebihkan bwg, garlic and black n white pepper.

nanti balik msia bawak balik olive oil 2-3 botol.

apa subs utk susu bagi menambahkan calcium?

Mama said...

Green tea rasa chinese tea... dah biasa OK je... lagi satu cuba cari margarine "Bertolli"... dia ada olive oil...mama kat sini tak makan ice cream pun

Ibu n Abah said...

salam buat mama ayim,
saya mengikuti blog puan sejak diperkenalkan oleh Puan Kalsom sahabat baik puan. banyak kali ingin memberikan komen tetapi takut menganggu puan. apapun yang ingin saya sampaikan ialah saya adalah pesakit buahpinggang sejak 2 tahun lalu dan menjalani rawatan dialysis setiap 3 kali seminggu. membaca mengenai ayim membuakan saya lebih kuat dan redha kerana peringkat saya tidaklah sehebat ujian yang ayim tempuhi. saya tidak lagi bersungut menyalahi itu dan ini kerana menghadapi kegagalan buah pinggang sebab ujian yang ayim lalui lebih hebat kesannya. saya bersyukur dapat sama-sama membaca kisah puan dan ayim. saya doakan agar ayim terus tabah dan dapat melawan penyakit tersebut. Insya'allah.

Mama said...

Salam perkenalan Puan...

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.. baru nak belajar menulis.
Saya suruh Ayim tulis sendiri dia tak mau. Dia kata dia tak nak mengingati sejarah hitam dalam hidup dia. Tak sangka pengalaman kami dapat meringankan tekanan perasaan puan. Saya bersyukur kerana dapat membantu.

Ayim jugak mengalami kegagalan buah pinggang. Kalau puan sudi berkongsi apa-apa tip kesihatan dan amalan, saya terima dengan senang hati.....

Ibu n Abah said...

salam buat mama ayim,
mengenai pantang larang bagi seorang yg mengalami kegagalan buahpinggang.. makanan yg mengandungi phosphate dan potassium sangat-sangat dielakkan. Phosphate terdapat dalam kekacang.. manakala potassium terdapat dalam buah pisang, mangga, orange, strawberri, daun-daun hijau...
phosphate dan potassium membuatkan tulang pesakit menjadi mudah 'reput' dan membuatkan salur darah ke jantung tersumbat dgn menjadi beku 'chrystal'...

Mama said...

Salam Ibu n Abah,
Nampaknya ada percanggahan pulak dgn diet anti-cancer....hmm.. ini saya kena lebih berhati-hati.
T.kasih kerana berkongsi

Cik La said...

akak, entry ni memang valuable!

ainhany said...

salam akak,

bertuah ayim dapat mama yg perihatin.. atas perkongsian menu amat dihargai..bolehd ijadikan amalan dan menu harian juga..mudah2an selamat dan siaht semua