text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Wednesday 5 May 2010

Berdoa di Tanah Suci

Di antara salah satu usaha kami untuk menyembuhkan Ayim ialah dengan membawa dia mengerjakan Umrah pada tahun 2008. Mengerjakan ibadah Umrah ini juga adalah untuk menunaikan NIAT Ayim sendiri.

Semasa dia terbaring selama satu tahun lebih (2004 - 2005), dia telah berniat... kalau dia 'SEMBUH', dia teringin untuk menunaikan Umrah. Apabila dia 'sihat' semula, dia telah menyambung pelajarannya di UTM. Ada 4 semester lagi yang tertangguh. Memang amat payah baginya untuk menyambung semula setelah ditinggalkan selama 2 tahun. Kawan-kawan pulak semua sudah tamat belajar dan sudah berkerja.

Akhirnya, pada tahun 2007, dia telah berjaya menggenggam ijazahnya. Dengan pertolongan kawan-kawan yang sudah berkerja, Ayim tidak menganggur. Dia terus mendapat tawaran berkerja sesuai dengan kelulusannya.....Alhamdulillah.

Apabila keadaan sesuai dan mengizinkan, pada Mei 2008, kami 6 beranak telah berangkat ke Tanah Suci untuk tempoh 8 hari. Selagi niatnya tidak ditunaikan, kami berasa tidak selesa walaupun ada yang memberi pendapat sebenarnya kalau ditangguhkan dahulu pun tidak mengapa kerana dia masih belum 'sembuh' sepenuhnya. Pada pendapat kami pula, sesuatu yang baik tidak elok dilengah-lengahkan. Lagi pun, kami juga ingin berdoa di tempat-tempat yang paling mustajab doa dimakbulkan Allah, seperti dimakam Nabi dan di hadapan Kaabah.

Mengikut pakej yang kami ambil, kami ke Madinah dahulu, kemudian ke Mekah.

Masjid Nabawi, Madinah


Masjid Nabawi, Madinah

Pemandangan di dalam kilang membuat Quran







Di Mekah, Ayam telah demam. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk mengerjakan Tawaf dan Sai.


Di Jabbal Rahmah

Setelah selesai semua urusan, sebelum bertolak pulang, kami dibawa melawat Ladang Unta

'Bermesra' dengan unta


Kami telah berusaha setakat yang kami mampu .... tetapi sehingga hari ini Ayim masih belum sembuh lagi. Kenapa? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Mungkin masih ada sesuatu yang kami perlu lakukan. Apa pun, kami akan terus berdoa.... berdoa.... dan berdoa lagi sehingga doa kami dimakbulkan.

Seperti sabda Rasulullah saw..

Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”.
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih)

Ya Allah Ya Tuhanku.....kami mohon petunjuk dari Mu...

2 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam semua,
Apa kabar Ayim skrg, didoakan smg diberi kesihatan yg baik, insyallah.

Nampaknya akak dan ayim telah berusaha berubat dan memohon kpdNya dgn bersungguh-sungguh. Yakinlah bahawa Allah swt amat mendengar rintihan hambanya.

Petikan dari majalah SOLUSI:
Bagaimana menghadapi musibah;

1. Tetapkan keyakinan dalam hati bahawa musibah itu daripada Allah.

"Tidak ada suatu bencana
pun yg menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan tlh tertulis di dlm kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yg demikian itu mudah bg Kami" (surah al Hadid 57:22)

Jgn lg hati kita bergantung pd 'sebab-sebab' yg menjadikan musibah itu tetapi lihat pd musabbabil asbab (penyebab segala sebab) yakni Allah. Selagi hati kita masih terfokas kpd sbb-sbb, maka selagi itulah kita akan menyalahkan diri, atau menyalahkan org lain, atau menyalahkan situasi dan kondisi yg menybabkan musibah itu. Maka pd ketika itu syaitan akan mencelah dgn ayat2 putus asa dan kecewa seumpama, "jika" atau "andainya". Ini akan menyebabkan kita kecewa, patah hati dan sedih.

2. Menahan dan mengawal diri dgn sifat sabar.

Firman Allah bermaksud:
" Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kpdmu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, buah-buahan dan keresahan jiwa. Dan berilah berita gembira kpd org yg sabar yakni org yg apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun'. (surah al Baqarah 2; 155-156)

3. Banyakkan doa dan zikir.

Jgn sesekali teragak-agak dlm berdoa, bolak balik hati perlu dikawal. Sentiasa yakin doa kita akan diperkenankan.

Sabda Nabi saw;
" Sesungguhnya besarnya pahala diukur dgn besarnya ujian, dan apabila Allah suka kpd kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka Allah redha jika dia marah, Allah pun marah kpdnya." (Riwayat al Tarmizi)

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sst yg berada di luar diri ke dlm diri. Apa yg hati rasakan itulah yg akan diterima sbg pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan ditarik ke dlm diri.

4. Tetap berusaha utk mengatasi musibah itu.

5. Segera bertaubat lantas bertawakal kpd Allah.

Maka bertaubatlah dan kembali kpd Allah. Org yg tidak mahu bertaubat apabila ditimpa musibah ialah org yg angkuh.

Firman Allah;
" Sesekali tidak akan menimpa kami melainkan tlh ditetapkan oleh Allah bg kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kpd Allah org beriman harus bertawakal." (surah at Taubah 9:51)

Marilah kita ambil perhatian bahawa sesungguhnya musibah itu berupaya menempa hati ke arah kebaikan lebih daripada amal ibadah yg kita lakukan.

Ibadah adakalanya boleh berlaku dgn sikap berpura-pura. Boleh dicelahi atau dicemari oleh rasa riyak, ujub, sum'ah dan pelbagai sifat hati yg tersembunyi.
Tetapi apabila kita diuji dgn musibah, kita tidak lagi berpura-pura.

Musibah akan nenyerlah true colours diri kita, samada di hadapan manusia lain maupun di hadapan Allah. Justeru musibah adalah kayu pengukur yg boleh dinilai sehampir mana hubungan kita dgn Allah. Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dgn musibah, itu petanda hati itu telah ada rasa cintakan Allah.

Sebaliknya jika hati marah, kecewa dan putus asa..itu petanda hati kita jauh drp Allah.

Firman Allah;
" Dan sesungguhnya Kami merasakan kpd mereka segahagian azab yg dekat (di dunia) sebelum azab yg besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jln yg benar)."
(surah al Sajdah 32:21)

Buat peringatan diri saya sendiri khususnya dan semua yg membacanya.

Mama said...

Salam Yati
Terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi petikan dr majalah di atas..... KZ amat menghargai...boleh memberi menafaat kpd sesiapa yg membaca comment ini.