text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday, 10 August 2010

Alhamdulillah... kami selamat sampai

Alhamdulillah.... kami telah selamat sampai di KLIA pukul 2.30 petang pada 7hb Ogos. Tiada masalah di dalam perjalanan hanya penerbangan dari Manchester ke Abu Dhabi terlewat satu jam.





 Kami transit selama lebih kurang enam jam di Abu Dhabi.





Besoknya, 8hb Ogos, pada sebelah petang, kami telah mengadakan sedikit majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran.



Jamuan ringan ..... minum petang ..... soto, roti jala dan satay



Pemanis mulut.... cupcakes yang comel.... sumbangan dari jiran kami



Dan, pada 9hb pula, kami telah pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ibu.  Semasa aku berangkat ke Leeds, ibu ku baru sahaja meninggal lebih kurang dua minggu.


Sesungguhnya kami amat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, aku telah dapat membawa Ayim pulang kepangkuan keluarga. Tidak terkata nikmatnya apabila kami dapat berkumpul semula.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Ayim. Sempena menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. 


15 comments:

kakcik said...

Assalamu'alaikum Mama..

Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanahair. Selamat berpuasa buat Mama dan keluarga. :)

fa*atip said...

mama,
Alhamdulillah, selamat dah sampai. Mesti dalam hati berbunga2 dapat berjumpa ahli2 keluarga yang lain. Mesti bunga2 tu lagi segar dari bunga2 di Manchester, kan.... :)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Salam to Ayim. Take care!

Ibu n Abah said...

Kak Zah....
sebagaimana kami mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada Ramadhan... begitu juga kepada Kak Zah dan Ayim...
selamat kembali kepangkuan 'Anjer'nya...
Alhamdulillah.. selamat tiba tanpa apa-apa kesulitan.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah,

Bahagiakan dpt menjalani ibadah puasa di samping keluarga di rumah sendiri.

Mengancam betul tengok satey, roti jala, soto dan cup cakes tu..maklum tgh puasa ni k.zah..nampak air paip pun terliur.
Slmt menjalani ibadah puasa k.zah..

Mama said...

Salam Kakcik
Selamat berpuasa jugak kdp K.cik dan keluarga tercinta


Salam Fa
Memang.... yg sedang berbunga sekarang bunga hati....
Selamat berpuasa kpd Fa & keluarga jugak


Salam DM
Selamat berpuasa kpd DM sekeluarga.... anjer tersenyum lebar je skrg ni


Salam Yati
Mmg bahgia sangat... satu nikmat yg tak terkata... kami dpt berkumpul semula... terus kenduri doa selamat & kesyukuran.

Nnt berbuka... orderlah makanan tu... selamat berpuasa kpd Yati sekeluarga

inna hayati said...

salam.
selamat kembali ke Malaysia...
n..selamat menyambut ramadan juga :D

*cupcakes tu nampak menarik sangat...

inna hayati said...

salam.
selamat kembali ke Malaysia...
n..selamat menyambut ramadan juga :D

*cupcakes tu nampak menarik sangat...

Mama said...

Salam Inna Hayati
T.kasih. Selamat menyambut puasa jugak utk Inna sekeluarga.

Cup cakes tu mmg sedaaaap...

lili said...

Salam Kak Zah,

Alhamdulillah dah 'home sweet home'!

Salam Ramadhan buat kak Zah dan Ayim, serta keluarga. Semoga ibadah kita diterima Allah dan banyak-banyaklah berdoa untuk kesihatan Ayim dibulan yg mulia ini. Doa yang paling mustajab tatkala sebelum berbuka. Mari kita sama-sama menafaatkannya.

By the way, teruja dengan the wide spread at the majlis tahlil tu! ;)

Zaitun said...

Salam...Selamat pulang dan selamat berpuasa buat mama sekeluarga.

Mama said...

Salam Lili
Yes.... home sweet home...very very sweet... tak terkata!

T.kasih kerana terus mendoakan kesihatan Ayim... semoga di bulan yg mulia ini kita sama2 mendapat keberkatannya.

Kalau dekat boleh jemput dtg samakan di majlis tahlil itu....


Salam Zaitun

T.kasih sudi singgah...selamat berpuasa jugak utk Zaitun dan keluarga

maryam said...

Salam perkenalan,
Sangat teruja menemukan blog ini secara tak sengaja. Excited juga membaca pengalaman2 Mama (kalau boleh dipanggil begitu). Info yang sangat bagus dan diari yang menarik. Berminat juga mengetahui perkembangan Ayim selanjutnya. Salam Ramadhan dan mari bersama banyakkan berdoa di bulan mulia ini,

AuntieYan said...

Salam Puan,

Saya baru saja terjumpa blog ini. Maka, semalam saya habis baca semua entries yang ada.
Saya sangat rasa terkesan dengan kegigihan Puan & keluarga mengharung ujian dari Allah.
Di doakan semoga Ayiem akan terus bertambah sihat (kita juga)dan kesempatan bulan Ramdan ini semestinya sama-sama memohon agar Allah mendengar rintihan kita. Amin.
Selamat berpuasa.
Harap dapatlah meng up-date perkembangan Ayiem seterusnya.

Mama said...

Salam perkenalan Auntie Yan

T.kasih sudi singgah. Alhamdulillah Ayim sihat dan amat gembira dpt bertemu keluarga semula dan setakat ini dpt menunaikan ibadah puasa. Insyaallah saya akan terus memberitahu perkembangannya.

Mama said...

Salam perkenalan Maryam

T.kasih sudi singgah dan mengikuti perkembangan Ayim. Insyaallah mama akan terus meng update blog ini. Selamat menunaikan ibadah puasa utk Maryam sekeluarga