text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Tuesday, 17 August 2010

'Home Sweet Home'

Semenjak pulang, aku rasa sibuk semacam (nasib baik semacam... tak dua tiga macam!). Yang pastinya aku tidak sempat nak 'melayan jetlag' ku. Enam bulan aku meninggalkan rumah dan aku pergi di dalam keadaan tergesa-gesa.... memang macam-macam perkara yang perlu 'my magic touch'. Tetapi Ayim.... hmmm.... masih dengan 'jetlag'nya.  Apa pun..... Alhamdulillah.... dia sihat dan tidak ada masalah menunaikan ibadah puasa. Dia teramat gembira kerana dapat pulang ke rumah semula...... 'home sweet home'.  Dia kata dia pernah terfikir mungkin dia tidak dapat balik ke Malaysia semula kerana perjalanan yang jauh dan keadaannya yang kritikal dulu. Berada di sekitaran rumah sendiri pun banyak membantu proses pemulihan kesihatannya.

Satu perkara lagi yang menggembirakan aku ialah masih ada bunga-bunga ku yang 'sabar' menanti kepulangan ku. Ada yang dah mati, ada yang hidup segan mati tak mau dan ada yang masih 'gagah' setia pada ku..... seperti bunga mawar dua warna ini



Bunga kesidang yang harum ini


Dan bunga bauhinia kockiana ini


Mangga ni pun 'sayang' pada ku.... dia tunggu jugak aku balik untuk menikmati kemanisannya
(psst... nak lawan kebun Akak)



Semenjak pulang, lagi satu aktiviti utama aku ialah mencari ayam kampung yang hidup bebas (yang original) bukan yang terkurung. Aku tidak mahu lagi memberi Ayim memakan daging ayam 'bandar'. Nasib aku baik kerana aku mendapat bekalan dari seorang peniaga di Pasar Tani. Pada mulanya, Ayim tidak berapa suka kerana dagingnya liat. Setelah membuat sedikit 'eksperimen', sebelum memasak, aku rebus dulu selama 4 jam di dalam slow cooker..... hasilnya?
Memang puas hati......

kari ayam campur kentang & carrot


Kami juga telah pergi berjumpa dengan pengamal perubatan homeopathy. Apabila dia 'scan' Ayim, dia kata masih ada lagi 9% tumor itu di tempat yang sama.  CT Scan dari hospital, mengesahkan yang tumor itu sudah tidak ada lagi. Kami tidak kisah dengan percanggahan pendapat ini. Bagus jugak kerana kami akan lebih berhati-hati....... tidaklah nanti kami 'terlupa' yang peperangan belum selesai. Sel kanser ini amat ganas. Walaupun hanya tinggal 0.01% sahaja, dia boleh hidup dan mengumpulkan 'askar-askar'nya untuk menyerang semula.

Dr. Homeopathy ini juga memberitahu hasil dari 'scan'nya, buah pinggang Ayim yang di sebelah kanan 100% pulih dan yang sebelah kiri, 98%. Daripada scan hospital pula, buah pinggang yang di sebelah kiri mengecut dari saiz normal..... sudah tentu tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Tidak mengapa.....ini kepakaran masing-masing..... kami hanya berdoa semoga semuanya akan berakhir dengan senyuman.

Buat masa ini, masalah yang utama ialah kami masih belum berjaya lagi mendapatkan khidmat doktor pakar di Malaysia untuk rawatan Ayim seterusnya. Selagi kami tidak mendapat 'response' dari haemotologist di Malaysia, Dr. Johnson yang merawat Ayim di Hospital St. James, Leeds tidak dapat hendak 'menyerahkan' file Ayim untuk rawatan selanjutnya.  Hmmmm..... mungkin kerana Malaysia kekurangan doktor pakar maka 'response' itu mengambil masa yang lama?? Wallahualam

Yang pasti..... 'kunci'nya ialah SABAR

Selamat menunaikan ibadah puasa

10 comments:

kakcik said...

Selamat berpuasa Mama...

seronok berada di rumah sendiri, kan? Ke hujung dunia mana pun kita berada, pastinya hati tetap merindui 'kampung halaman'.. :)

kakcik said...

Masuk sekali lagi...

Mama.. 'orang kata', kalau nak lembutkan daging ayam kampung, masukkan sepotong nenas ke dalam masakan, InsyaAllah, daging ayam itu akan lembut.

Semoga Ayim akan terus pulih sepenuhnya. Amin.

Ibu n Abah said...

salam kak zah....
selesanya bila dah berada di rumah shendiri....
saya tumpang gembira bila Ayim pun turut sihat dan gembira berada di tanahair...
selamat mencuba perubatan alternatif untuk rawatan ayim...
psst... kak zah.. nanti kita lumba mangga siapa yg kena pisau (masak ranum )dulu.... hehehe...

Mama said...

Salam kakcik

Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri.. hujan batu jugak yg kita pilih..

T.kasih beri petua... lain kali cuba pulak masak dgn nenas.


Salam DM

Best dah balik rumah

Kali ini kami akan cuba dua2 kaedah sekali jalan... moden medicine & alternatif.

Mangga tu kali kedua berbuah... kami dh rasa... mmg manis... best.
nnt kita tengok siapa punya dulu masak ranum he he

fa*atip said...

Mama,
fa sekeluarga memang mengamalkan homeopati. tak sanggup setiap kali tak sihat doktor asyik bagi panadol atau paracetamol. Ada satu perubatan alternatif kat Gombak yang selalu keluar kat Astro Oasis. Dengarnya ada a few pesakit kanser yang berubat kat situ.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Zah,
Bestkan dpt kembali ke rmh sendiri, hilang sebahagian masalah. Tahniah dan syukur kesihatan Ayim semakin baik. Teruskan usaha akak menggunakan kaedah alternatif dan moden, insyallah pasti akan menyumbang kpd pemulihan yg total dgn izin Allah.

Amvoii..berlawan mangga sapa masak ranum dulu dgn Mah, mentang2 pokok mangga kita dah habis musim tinggal daun jer..tak pe, kita tunggu third round utk pokok saya. Harap2 dia tak kedekut mengeluarkan hasilnya nanti.

Mama said...

Salam Fa

KZ tak tengok prog kat Astro tu tp kalau kat Gombak, dulu kami pernah pergi... queue terlampau panjg. Masa hubby balik ke Msia bulan Mac, nak buat appt Mei baru dpt. Tak pasti tempat yg sama ke tidak. Insyaallah kami akan bwk jugak Ayim ke sana.


Salam Yati

Yes.. kami akan gunakan kedua2 kaedah serentak. Kami belajar dr kesilapan lalu. Dulu kami hanya fokus tradisional/alternatif saja.

he he.. kalau dekat boleh kita bertukar2 buah manggakan... sama2 merasa.

Anonymous said...

Salam KZah. Seronok teramat sangat dpt balik rumah yer. Sukalah tengok bunga2 KZah ni. Tumbuh2an pun tau erti kesetiaan kan? Menanti jari2 yg menanam mereka dulu balik utk membelai mereka semula. mar.

Mama said...

Salam Anon

T.kasih sudi singgah. KZ mmg hobi suka menanam bunga & berckp dgn bunga2 tu. Skrg ni kena 'pujuk' semula

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kenal Kak,


sebak bila baca n3 sebelum2 ni.

Semoga Ayim pulih sepenuhnya.