text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Saturday 28 August 2010

Ayam Halalan Toyibban

Sudah dua hari Ayim demam. Suhu badan amat tinggi. Seluruh badannya..... dari kepala hingga ke jari dan tapak kaki sakit-sakit. Sebelumnya dia memang 'sihat' ... tidak ada masalah. Mungkin di sebabkan dua tiga hari ini cuaca agak panas ..... moga-moga tidak ada apa-apa komplikasi.

 Minggu lepas, aku telah diperkenalkan dengan ayam organik. Aku tidak lagi membeli ayam kampung kerana Ayim tidak suka. Selama ini aku tidak kisah untuk mengambil tahu dengan lebih terperinci berkenaan ayam organik ini. Semuanya bermula bila aku diperkenalkan dengan kedai Honey Halal Mart ini.  Sudah 3 tahun kedai ini beroperasi dan dipunyai oleh kenalanku. Aku lalu-lalang di kawasan Ampangan ini tetapi aku tidak perasan. Itulah kehendak Tuhan untuk menemukan aku dengan sesuatu yang memberi manafaat untuk keluarga ku. Kedai ini menjual semua produk halal dan di antaranya ialah ayam organik yang disembelih seekor demi seekor. Dijamin 'halalan toyibban'. Yang aku teruja ialah, pengusahanya telah memasang CD mengaji al-quran 24 jam di dalam tempat pemeliharaan ayam ini! Kita maanusia pun 'tak sempat' nak mendengar CD mengaji 24 jam. Ayim kata, mesti ayam-ayam tu mati dengan 'tenang' waktu disembelih!!






Menurut Dr. Zainol, pengasas Az-zain, iaitu pengusaha ayam organik ini, sudah lima tahun dia beroperasi. Selain memperoses ayam dan burger, dia jugak mengusahakan beberapa produk lain. Untuk penerangan lebih lanjut, silalah ke website Dr. Zainol.

Di bawah ini aku titipkan sebahagian daripada website berkenaan di bawah tajuk : Apa itu Halal

BAGAIMANA AYAM DIPROSES DI INDUSTRI MALAYSIA.

PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning).

Kebanyakkan Ulama diluar Malaysia tidak bersetuju dengan amalan ini telah keluar fatwa bahawa amalan sembelihan secara ini adalah haram.


PROSES KEDUA


Lafas talbiah dan niat sembelih jarang dilakukan.

Pisau yang digunakan untuk sembelih tidak dicuci selepas setiap sembelihan menjadikan perbuatan ini haram kerana menyembelih dengan pisau yang masih mengalir darah.


PROSES KETIGA


Ayam yang usus masih dalam perut dimasukkan kedalam air panas untuk melembutkan bulu
Usus mengandungi najis dan air panas dicemari dengan najis dan darah ayam.

Perbuatan ini tidak menjamin halal kerana daging ayam bercampur aduk dengan air najis ayam.

Air panas langsung tidak digantikan, maka air ini menjadi warna coklat yang penuh dengan darah dan najis ayam.

Proses ini tidak boleh memenuhi tuntutan Halalan Toyibban. Lagi pun proses ayam bercampur dengan najis dan darah menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KEEMPAT

Ayam direndam dalam air klorin supaya ayam kelihatan segar.

Kegunaan klorin yang berlebihan menjadikan ayam tidak Toyyib kerana klorin berlebihan menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.

PROSES KELIMA


Ayam diputar dalam tong air supaya air serap kedalam daging ayam dan menambahkan berat supaya dapat mengaut keuntungan berlebihan.

Perbuatan ini sangat merugikan pengguna dan ayam mudah rosak(basi) selepas masak.

Tetapi, di Az-zain, proses di atas tidak berlaku. Mari kita sama-sama ikuti pula bagaimana Az-Zain memproses ayam-ayamnya.

Sebahagian di bawah tajuk: Kami Istimewa


Kami Istimewa AYAM HALALAN TOYIBBAN 100% YANG DIPROSES OLEH AZ-ZAIN.DISAMPING MENJAMIN HALALAN TOYIBBAN IA JUGA MEMASTIKAN KESHITAN PENGGUNA TIDAK TERANCAM DENGAN MEMAKAN DAGING AYAM YANG DICEMARI DENGAN KUMAN DAN NAJIS.


PROSES PERTAMA

Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning)

PROSES KEDUA

Penyembelih mesti menghadap arah ke kibilat


Pisau sentiasa tajam.


Pisau meyembelih dicuci selepas setiap sembelihan


Ayam dimandikan secara automatik supaya bekas darah dan najis yang mekekat dibulu bersih sebelum masuk kedalam air panas

PROSES KETIGA

Usus ayam dikeluarkan sebelum dimauskkan kedalam air panas.


Air panas diganti 3 kali dalam satu shift. (Ini adalah untuk memastikan daging ayam kekal bersih dan tidak menyerap air yang dicemari denngan najis dan darah ayam.


PROSES KEEMPAT

Ayam TIDAK direndam dalam air klorin.

Menepati tuntutan Halalan Toyibban ayam direndam dlam air ais supaya ayam segar dan sedap dimakan.


PROSES KELIMA

Ayam TIDAK diputar dalam tong air UNTUK MENAMBAHKAN BERAT AYAM ( Perbuatan ini adalah HARAM dalam Mua’ammalat Islam.)


Ayam dibersihlan dengan sempurna suapaya bebas daripada bekas darah.


Dibekukan dan dijual kepada pelanggan.


Aku amat teruja dengan penemuan baru ku ini dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Mungkin ramai yang dah tahu kerana ia sudah ujud selama 5 tahun ....... hanya aku yang ketinggalan.

Kalau kita sudah jumpa yang terbaik, mengapa kita harus memilih yang 'kureng' bagus? Pilihan yang tepat membawa berkat........ insyaallah.

Minggu ini aku jugak 'menyibukkan diri' membela pokok-pokok bunga ku.  Di antara pokok-pokok yang ada di dalam koleksi ku ialah helikonia yang tidak cerewet dan senang dijaga.













Selamat berpuasa semua

7 comments:

Ibu n Abah said...

Salam kak zah..
saya memang suka bunga helikonia... masa rumah lama dulu saya ada tanam.. tapi sekarang dah takder tanah nak tanam... dalam pasu boleh hidup subur juga tak???
(baru tahu namanya.. sebab taklah teringat nak bertanya atau gugel namanya... TQ kak zah bagi info..)
Ayam organik.. saya dah mencuba dan disukai seisi rumah.... ayam yang tak banyak isi... kalau buat rendang atau masak lemak cili api memang sedap....

Mama said...

Salam DM

Yg kuning tu... birds of paradise namanya.. jenis helikonia.. anaknya Cik Som yg bagi... mesti CS dh tak ingat... KZ tanam dlm pasu... yg merah tu pun dlm pasu.. pasu besar.... mcm tempayan tu lg cantik

Ye.. mmg sedap ayam organik ... takde was-was

Anonymous said...

Salam Mama
Memang CS tak ingat, hehe. Kalau betul bagai dikata, CS pun rembat dari rumah jirannya yg bernama Ndja, hehe .. halal kekdahnya.

*yg masih shy2 cat*

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam k.zah,
Smg k.zah dan ayim sihat hendaknya.
Kedai Az Zain terdapat beberapa buah di sekitar Bangi ni. Begitu juga berhampiran rumah saya kedai khusus menjual daging dan ayam halal organik juga boleh didapati dgn mudah.

Sejak dulu kami pembeli setia ayam ternakan ladang Dr Zainol. W.pun harganya sedikit mahal namun demi kesihatn dan halalnya terjamin tak payahlah nak berkira. Smg kita semua lebih perihatin bab makan minum ni..jgn ikut sedap tekak semata.

Mama said...

Salam Shy Shy Cat

Dh lebih 10 tahun pokok tu... masa I masih di Klang... TQ kat Ndja



Salam Yati

Mmg seronok sangat bila KZ dpt tau psl ayam organik yg halal toyibban ni....mahal sikit tp takpe janji puashati

Kakcik Seroja said...

Salam KZ..

sesekali rasa rindu suasana masa di kampung dulu. Kalau nak makan ayam.. jenuh kejar pusing keliling kampung. Bila dah dapat, bapa sembelih sendiri. Kemudian tunggu pulak ayam tu habis nyawa. Nak proses sampai bersih, entah berapa banyak air yang digunakan - lebih mudah, bersihkan di aliran air sungai...

Mama said...

Salam Kakcik

KZ pun merasa sesi kejar mengejar tu... masa tu takde pilihan ayam lain... mmg itulah yg terbaik. Nak cabut bulu... 'bercinta' sungguh. Mmg nostalgia. Anak2 skrg ada pilihan... ayam organik & ayam bandar.... semuanya sudah tersedia bersih.