text

"Live life, life is mega, even when it hurts...."- Ayim

Friday 6 August 2010

Goodbye Manchester........ Selamat Tinggal Sayang

Ini adalah titipan terakhir ku dari Manchester.

Selepas ini.......
tidak ada lagi gambar-gambar menarik sepanjang lebuhraya Manchester - Leeds
tidak ada lagi cerita bas National Express & Piccadilly Garden
tidak ada lagi gambar-gambar bunga daffodil, tulip, lavender & hydrangeas

Hari ini 6hb Ogos, kami terbang pulang ke Malaysia dengan Etihad Airways. Kami akan transit di Abu Dhabi selama lebih kurang 7 jam.  Mohon doa dari semua..... supaya tidak ada halangan di jalanan..... insyaallah kita jumpa di Malaysia.   


KenanganKu

Ayim semasa mula sampai di Manchester.... jalan-jalan di Piccadilly Garden


Kenangan... berulang-alik dengan bas National Express .... Manchester - Leeds





 Naik bas free city centre ..... jalan-jalan cuci mata


Piccadilly Garden



Aku, bunga & air pancut (3 in 1!)


Hotel The Britainia





Budak tersesat!


Salah sebuah campus The University of Manchester


Salah sebuah campus The University of Salford


Stadium kebanggaan




Salford Quay


Taxi in Manchester..... See, feel it, love it...... EXACTLY!



Summertime......... and the living is easy


Tiger Wood in the making

Adam Hakimi & Ammar Hariz :

"When we go back to Malaysia, we will ask Atuk & Tokpa to play golf with us"



Autumn ...... dan daun-daun pun berguguran







Made in England

 Abid Hussaini, lahir di Manchester...belum pernah lagi menjejakkan kaki di Malaysia

Wajah-wajah comel kesayangan ku...penghibur hati selama 6 bulan aku berada di sini. Mereka sudah tiga tahun berada di sini. Tidak pandai cakap Melayu... nasib baik aku boleh 'speaking London'

Kenangan... drama sebabak yang kelakar dan aku tak boleh lupa..... perbualan abang dan adik :

Adam: "Mama.... after this I want to read my muqADAM"
Mama: "OK... that's good"

Tiba-tiba Ammar menyampuk....
Ammar: "Abang.... you dont read your book only. You can also read my book, muqAMMAR!!!" (sambil menunjukkan buku ABCnya)

Sungguh jujur dan ikhlas....  sanggup berkongsi

Selamat tinggal semua.... selamat tinggal sayang. Wanma dan papayim pasti akan merindui kamu bertiga.  Insyaallah tahun hadapan, kalau panjang umur, kito akan bertemu di kampung halaman kito di Soghomban, Nogoghi (Sepuluh tolak satu) Sombilan.

Kami menunggu kepulangan kamu ....
,

9 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Mama..

hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat merasakan pengalaman sebagaimana yang mama dan Ayim lalui.

Semoga Ayim semakin pulih dan semakin jauh dari segala penyakit.

Selamat pulang, Mama. :)

CS said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mama saya doakan semoga mama selamat sampai...dan ayim terus ceria selalu amin2.....

Anonymous said...

Dear Mama
I simply cannot tahan .. with your last day coretan over there PLUS Anuar Zain's Ketulusan Hati (full blast), what else can I say ... I feel you.

My doa to both of you .. may you have a safe journey home. Amin.

'Who else but me'

FaAtip said...

semoga selamat sampai, InsyaAllah.... :)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Nampaknya kita dah semakin dekat k.zah. Seromban - Bangi.

Mudah2an selamat mendarat ke tanahair dan bertemu insan tercenta nanti..salam buat ayim.

Zaitun said...

Salam perkenalan...selamat pulang....

Anonymous said...

ALHAMDULLIAH, semoga selamat semuanya.

Mama said...

Salam semua

Syukur alhamdulillah... Kami telah selamat sampai... kerana kesibukan baru sekarang dapat membaca semua komen

T.kasih semua kerana terus mendoakan kami